Selasa, 20 Disember 2016

Lewat sehari untuk duti setem

Aku tak tau rupanyer kat Port Dickson dah ada cawangan baru Pejabat Lembaga Hasil dalam Negeri (LHDN). Punyalah tangguh dari hari ke hari semata2 nak ke Seremban untuk urusan matikan setem pada perjanjian sewa rumah. Dek kerana kelas dan jadual penuh. Last2 aku malas nak amik port, suruhlah husband pergi sendiri ajak kawan2 dia juga. Tapi tak pergi2 juga akhirnya.

Last2 hari Jumaat lepas 16 Disember kami amik separuh akhir untuk turun ke LHDN, Seremban. Siap bawa semua anak sebab cargas terus dari politeknik ke sana. Kaunter bayaran akan ditutup jam 3.30 petang T_T. Dah time ni pulak BRIM dah keluar jadi beratur panjang manusia nak amik BRIM. Untungler diorang dapat BRIM.

Sampai sana pusing2 naik beberapa tingkat bangunan Terminal cari parking kosong. Pastu cari pulak kaunter duti setem, lupa tingkat berapa. Jadi kitorang naik lif turun lif naik lif ahahaha. 

Sesi tunggu. Qaireen sampai terus nak gi toilet. Umar tercengang2 tengok pejabat LHDN. Blur apaler ibu dan ayah buat kat sini. Siap berjubah lagi sebab balik solat Jumaat tak sempat salin baju hehehe. Sampai2 terus gi kaunter, isi borang balik sebab salah borang. Kaunter nak tutup, kena copet bang oiii!!!

Ahaha dah tutup, kira husband orang terakhir. Fuhhh nasib baik sempat huhu.

Kita berswafoto dulu yek !!

 
Aku tak tau lah lama juga husband bercakap2 dengan petugas kaunter tu. Bila balik, husband bagitau kena denda sebab lewat hantar seleps 15 hb Disember. Kalau sebelum 15hb, charge dia RM3.50, tapi selepas tu jadi RM25.00! laaah, lambat sehari je pun....aiseh. 

Lagi ralat baru tau kat Port Dickson dah ada cawangan baru LHDN sejak pertengahan tahun ni. Huhu, takpe benda dah jadi pun. Janji dah settle pun. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...