Selasa, 20 Disember 2016

Petani moden kecil

Umat totally sangat suka pada pokok bunga dan buah2an . Kalau ke mana2 bukan mainan atau gajet yang dia perhatikan. Dia lebih suka tanya kat kami apa nama pokok di sekeliling dia. Yang umar selalu mintak pun tolong belikan dia pokok bunga atau pokok buah!! Wah, tatkala kanak2 lain menangis mintak beli gajet ker mainan atau makanan ringan tapi dia nak menangis mintak aku belikan dia anak pokok orkid T_T


Pagi2 lepas mandi confirm dia keluar rumah, tengok pokok dan sayur yang ibu dan ayah dia tanam. Umar tolong belek dan siram je, kalau ada ulat dia akan buangkan. 

 
Check pokok kangkung dah mula keluar dari tapak semaian. 

Anak benih bendi dan tomato dah mula keluar. Tunggu sehingga dah kelusr daun 3-4 helai baru aku alihkan dalam polibeg. Harap hidup membesar elok. Dapat merasa makan sayur tanam sendiri. InshaAllah. 

 
Kat area belakang rumah aku tanam pokok2 herba yang boleh guna untuk masak. Pokok kari, pandan, serai, limau purut dan terselit sekali pokok mulbery Umar dan Qaireen. 

Umar yang rajin tolong siramkan, tetapi kadang2 siram terlebih air. Dah hujan pun nak siram lagi terpaksa tegur. Nanti pokok mati. 


Benih pokok rossel jauh datang dari Changkat Jering, Mak Dak yang bagi. 

Si kecil Ilhan ni pun sibuk nak keluar rumah tengok abang dia check pokok. 

Sebab akhir2 ni hujan je, pokok orkid menjadi2 bunga dia!! Kami tukar pasu lebih besar, letak arang dan sabut. Tabur baja tahi kambing 2-3 butir setiap bulan. Alhamdulilah berbunga elok.. 








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...