http://1.bp.blogspot.com/-k2Cgxjoirls/VJpjA_GM2fI/AAAAAAAAUCk/iDQMWmZ1bjs/s1600/favicon%2B(6).ico

Khamis, 27 Julai 2017

Lama tak updated blog

Aku rasa lama juga berminggu tak update. Sorry lah blog, pasal sibuk dengan mengajar dan kelas. Lagipun handphone aku dah sampai limit. Out reach the limit dia. Dah tak de space dah pasai handphone aku kecik jer. Hand phone aku yang dulu dah rosak, nak beli tapi tak beli2 pun.

Raya tak abis lagi, ni jamuan raya peringkat politeknik.
Jabatan kami kena sediakan lemang dan ketupat palas. Gambar last dalam handphone pastu takde dah nak amik gambar, dah takde space. 

Nak beli baru, rasa banyak pulak benda lagi penting nak didulukan. Baru2 ni khidmat taska anak2 dah bertukar pengurusan jadi kena bayar semula pendaftaran. Anggaran dalam RM1000 lebih. Lepas tu servis major kereta memandangkan dah sampai untuk diservis.  Lepas tu ada pulak leaking pada bawah enjin kereta. Jadi kereta kena tahan dulu dalam worksyop. Nak kena check up masalah dia.

Bila Toyota servis call kena tukar part, angkat enjin. So charge dia dalam RM2000++. Gulp... Hmm nak wat camna, pejam mata kata iyo jela. So bulan ni aku dah abis hampir RM5k sahaja. Boleh bayar cuma biasalah jiwa jadi sentap sikit. Bukan sebab nak beraya punya pasal tapi sebab2 yang yelah kita tak boleh nak elak pun. Hadap jelah. Bukan dalam perancangan kita pun ... T_T

So hilang dah mood nak update pape pun dalam blog ni. Biarlah dulu sampai mood dah ok. Ni pun aku update sebab kesian pulak takde update sangat bulan ni hua hua hua... Handphone baru nanti tunggu aku dah jadi kaya aku belilah hahaha!!

Ok, kbai.....





Selasa, 11 Julai 2017

A long time ago, in Hari Raya....

Raya ni sepanjang lebih 30 tahun aku lalui ni ada macam2 fasa... Fasa kanak2, remaja, bujang, berumahtangga dan berkeluarga...

Masa aku baby lagi, kami beraya di Yong Peng sebab masa tu arwah atuk aku belum bersara lagi sebagai sarjan polis. Jadi kat sini ler adik beradik mak berkumpul untuk beraya. Aku tak upload gambo diorang pasal semua tu tengah zaman free hair hehehe.

 Tahun 1980. Masa ni aku dalam perut mak lagi, yang ada abang aku dan motor vespa ayah yang legend tu ahaha. Yang depan pakai smart bersamping tu sepupu kami, abang Hilman. Ayah pakai vespa tu pergi kerja sampailah dia pencen. Lepas tu ayah jual kat orang lain sob sob sob sedih... 

Tahun 1982. Aku, abang dengan sepupu kami kak Idura dan Azmi bersama Arwah atuk.
Masih beraya berkumpul di Yong Peng, aku tak ingat sangat sebab kecik lagi wei...  Arwah atuk kami memang sentiasa segak di pagi raya kui kui kui. Lepas tu arwah atuk pencen dan pindah balik ke Klang, Selangor. 

Bila dah masuk masa fasa kanak2 bila raya punyalah rasa gembira sangat! Sebab tak sabar nak balik kampung mak di Klang. Rasa best sebab dapat tengok mak2 sedara sibuk buat dan bakar kuih dan biskut raya, kek raya. Lepas tu prepare langsir, sarung kusyen dan buat macam2 persediaan hari raya kat rumah atuk dan wan. Memang betul2 suasana nak sambut hari rayalah. Lepas tu tengok diorang rebus ketupat, bakar lemang, kacau dodol (ni bila ada family pak ngah). Kitorang budak2 tukang menyibuk jer. Duit raya memang mewah sebab makcik dan pakcik aku confirm bagi duit kertas warna hijau atau merah jer ahaha...

TV antik belakang hehehe. Tahun 1983 kan...
Time ni aku dah 3 tahun, abang aku 4 tahun. Raya kat Klang. Memang best raya di sana, sampai sekarang aku terkenang2. Seronok hari raya zaman kanak2. 

Tahun 1989. 
Nak keluar pergi beraya, ni gambar dengan kereta pertama keluarga kami. Mitsubishi Lancer ni tak silap ayah beli dengan arwah Pak Dak kot masa tu. Ni jela gambar kenangan family kami kat rumah atuk di Klang. Lepas tu arwah atuk jual rumah dan tanah ni, dan pindah ke Banting pulak tahun 1994. 

Bila menginjak ke fasa remaja, aku dah kurang minat nak pulang beraya ke kampung. Mungkin sebab faktor usia meningkat. Kalau boleh nak raya di rumah sendiri sahaja (masa tu duduk di Muar lagi) beraya rumah kekawan sekolah dan geng kampung  Pagi bangun pergi beraya sana sini sampai ke malam, nanti malam balik tidur rumah sendiri.. Lagipun mak aku beraya di rumah sedara2 yang jarang jumpa. Maklumlah yg kitorang tak rapat sangat jumpa sekali dua setahun. Jadi kami adik beradik diam sahaja perhatikan orang tua bersembang.. Lainlah kalau kat Muar atau Batu Pahat ada jer nak disembangkan.

Apa khabarlah korang semua sekarang??
Ini raya tahun 1992 di Muar. Raya berbasikal dengan geng 1 kelas di SK Parit Setongkat. Masa ni kitorang kayuh basikal beramai2 pusing raya rumah kekawan lain. Hah seronoknya tak hingat!! Dari Jalan Salleh, ke Temiang, kemudian ke Kg Sabak Awor lepas tu ke Jalan Bakri. Masa tu kereta tak banyak pun, aku pun boleh kayuh basikal pergi sekolah.. Tahun 1993, family aku pindah Batu Pahat pulak. Terus lost contact kawan2 di atas ni huhuhu T_T.

 Tengok fesyen raya aku time tu macam makcik2 jer kui kui kui. Aku pakai skarf pun macam Esah dalm Tiga Dara Pingitan je kann hahaha!

Tahun 1999 dah masuk fasa peringkat mahasiswa, sambung belajar di Ittho. Sebab belajar kat Parit Raja jer, dah tentu dekat dengan rumah sendiri. Jadi hari raya memang jadi tempat tumpuan member2 kuliah dan institut datang beraya ler. Datang ramai2 naik bas jer... pun boleh sampai rumah tau!! Tak macam budak2 muda sekarang semua dah berkereta dan bermotor belaka.

 Kenangan raya geng2 diploma tahun 2001. 

 Amik gambo ramai2 kat laman rumah. Sekarang laman rumah aku ni takde dah. Mak ayah aku renovate hilang dah semua rumput dan pokok. Jadi porch, semua simen tiles terus. 

Bila dah jadi orang bujang dan mula bekerja fuhh lagilah, nak beraya dengan sahabat handai sahaja. Hari raya bukan keluar beraya dengan keluarga tapi nak keluar dengan geng2 atau member ceh. Jadi acap kali nak raya aku harap mak ayah aku tak dapat balik kampung sebab kena kerja. Hahaha sadis betul. Kalau balik Selangor rasa malas jer aku nak ikut. Lagipun aku dah kerja di Kedah. Kalau terpaksa balik raya aku tak duduk lama2. Cuti pendek.

Raya nak jumpa dan lepak dengan sahabat2 lama punya pasal. Almaklumlah kawan2 dah mula kerja macam aku, kalau belajar pun dah peringkat atas ke amik master. Jadi time raya ni jelah kami dapat jumpa. Siap pesan lagi "oii korang jangan balik kerja dulu tunggu aku nak saing raya sekali!!"

 Raya tahun 2002.  Dari kanan Ana, Nurol, aku, Intan dan M. Merangkap kawan sekampung dan rakan sekelas. 

Inilah tahun pertama raya setelah aku bekerja, sama juga Nurol dan M. Tahun ni juga aku nak beraya di rumah sendiri sahaja, tak balik ke mana2 dah. Sebab dah besar panjang jadi pandai dah bawak diri. Bila bekerja ni cuti kita sangat singkat. Berebut2 nak raya sana sini sebelum balik ke Kedah. 

Malam raya kitorang boleh tukar dressing pulak, bertukar wajah dari ayu berbaju kurung tukar nak pergi outing wei. Malam ni pakat tengok wayang dan lepak2 kedai mamak dengan member semua kui kui kui....Banyak benda nak citer yelah nanti dah masuk kerja tak dapat jumpa dah...Masing2 kerja jauh di perantauan T_T 

Bila fasa jadi isteri orang dan ibu kepada anak2 hanya difikirkan adalah untuk bagi ibu bapa dan anak2 gembira. Jadi jika pulang beraya kami pastikan keperluaan anak2 dan keperluan rumah orang tua mencukupi. Yang lain2 tak penting dah. Nak raya rumah siapa ker, nak makan apa ker kitorang tak kisah nak fikir. Kalau ada orang ajak jalan raya sekali, kitorang join jer hahaha.

Raya 2017. Keluarga pelengkap segalanya di Hari Raya :)

Raya juga aku tak mahu bertandang lelama kat rumah orang. Tak mahu susahkan tuan rumah. Lagipun jadi pompuan memang leceh. Nak jaga aurat, adab dan kesopanan. Bukan diri sendiri kita sahaja tapi tingkah laku anak2 juga akan diperhatikan. Jadi bila anak2 tunjuk perangai atau tantrum, aiseh memang spoil lah jawabnya. Adalah nanti diorang fikir yang bukan2 termasuk ibu bapa sendiri. Cara kita melayan dan mendidik anak2. Jadi biarlah sekejap2 jer raya lepas cabut pergi tempat lain ahaha.

Jadi itulah pengalaman raya yang aku dapat lalui. Bila kita beraya, kita akan perhatikan orang disekeliling kita. Dan kita akan faham sebab kita dah lalui fasa2 tu semua kan kan kan !!

Sekian.....



Isnin, 3 Julai 2017

Selamat Hari Raya 2017,1438 Hijrah

Dah seminggu raya berlalu. Bila posa, blog pun posa juga ye ahaha. Nampak sangat malas nak update bulan lepas. So apa aktiviti persiapan raya dan sambutan hari raya. Tengok gambar jelah yek!!

Macam biasa kalau balik raya di Perak, confirm aktiviti wajib bakar lemang!! Takde lemang bukan raya ler jawabnyer... Hilang semangat raya tu kui kui kui... Cuma kena tahan ler sikit haba dan panas masa membakar, kena banyak sabar noh..

 Lemang lebih 30 batang, jenuh nak jaga api. 

Nak check setiap lemang dah masak ke belum. Banyak2 lemang ni pun masuk hari raya kedua, confirm abis dah. Maklumlah keluarga besar dan ramai.

Pagi2 raya semua kaum lelaki pergi sembahyang raya kat Masjid Changkat Ibol. Dan kebetulan pagi itu, Ustaz Idris jadi iman dan baca khutbah pagi raya. 

Duit raya pertama Umar dapat pagi ni. Dari YB Ustaz Idris. 


Lepas tu bergambar untuk pagi hari raya, 1 keluarga. Bukan senang nak pose yang cantik, masing2 tak reti duduk diam. Si Ilhan pulak sibuk nak pegang botol susu. 

Kemain ler budak2 ni buat rupa pelik2. 

Ok steady, cantek... Terima kasih pak su sebab sabar nak amik gambar kami sekeluarga ahaha.

 Rilex jer husband aku bagi duit raya tak pakai sampul. Bagi macam tu je. 

Ni kes malas nak isi dalam sampul raya. Aku pun malas nak mintak2 sampul kat bank. Bank pun kedekut nak bagi. Pakai je sampul duit tahun lepas kan!! recycle jer.. Budak nak tengok duit bukan sampul dia hehehe. 

Lepas tu berkerut muka tengok dompet dia, alamak cukup ker tak ni duit nyer hahaha!! Ilhan pun tolong check sekali. 

Kitorang beraya di perak samapai raya ke dua. Kiranya enam hari di sana, sebab balik awal lagi sebelum raya. Malam raya ke dua, jalan dah start jammed. Damn... Apalagi merangkak2 kete dari Gua Tempurung ke Slim River, adoiii.  Besok lagi teruk sebab ramai orang dah start keje raya ke empat. Dari Taiping ke Seremban enam jam baru sampai. Kitorang bertolak jam 9 malam sampai Seremban pukul 3 pagi!! Sampai rumah booom terus tidur Zzzzzz. 

Raya ke tiga baru balik Johor, raya di sana sampai raya ke enam, sebab mak ayah nak raya di Sendayan pulak. So hari Sabtu pagi2 aku dan husband ker pasar Seremban beli bahan masakan sebab ramai sedara mara nak datang beraya di rumah ko!! Dua ekor ayam aku masak asam pedas, sekejapan sehari jer dah abis. Beras hampir 20 pot masak tu pun tak cukup. Fuhh letih layan orang datang kui kui kui.. Takde gambar sebab aku buzy layan orang datang beraya!

 Petang tu pakat2 semua sedara mara datang beraya rumah baru abang aku kat Rantau. Dia belum pindah lagi ke sini. Rumah baru dah serah kunci, ada aku cerita kat sini.  

Ilhan sempat golek2 kat rumah baru pak long yek. Seronok dia main kat sini. 

Abang dan kakak ipar dah basuh rumah dan letak barang sikit2. Lampu belum sempat pasang lagi, just kemas2 halaman rumah sikit2. Jejiran kiri dan kanan pun ada dah duduk taman perumahan ni. Umar tak sabar nak tunggu pak long pindah Rantau. Nanti dekat sikit boleh selalu jumpa dan main dengan sepupu2 diorang tu..

Itu jela kisah raya kami tahun ni. Ni pagi ni aku dah start keje, tapi mood ke laut sebab penat raya punya pasal hahaha.







Isnin, 19 Jun 2017

Shopping raya 2017

Dulu aku ajak husband shopping sebelum puasa. Maknanya lagi seminggu nak masuk bulan puasa dah gi shopping baju raya kami sekeluarga. Sebab tak de lah rasa penat sangat nak jalan cari baju sana sini. Tapi kali ni kami pergi seminggu selepas posa, sebab anak2 cuti sekolah. Tapi anak2 tak ikut, tinggal di CDC je. Gamaknya nak ikut, aku pun rasa nak patah kaki dan pinggang cari baju semua lagilah kalau budak2 yang ikut kami. Confirm anak2 merenggek jer sebab penat dan boring kan....

Shopping raya ni aku bagikan beberapa fasa. Fasa pertama ialah baju di pagi raya, warna sedondon. Cari kat tempat biasa, PKNS Shah Alam je. Mulanya nak cari kat Bangi tapi tak biasa kat tempat sana. Malas nak buang masa nak survey cari kat setiap butik dan kedai. Better beli tempat kita dah biasa. Senang je, terus masuk pilih2 pastu bayar. Ahaha. 

Shopping fasa pertama. Sampai PKNS jam 9.30 pagi ko!! Awal sungguh, kedai baru je nak bukak hehehe. Kosong lagi takde orang. Ni hari weekday ni, jadi harap orang tak ramai macam weekend. 

 Sambil2 tunggu diorang bukak kedai, kita usha2 dulu baju mana yang berkenan. Aku confirm cari baju yang nak clear stock punya. Janji ada saiz. Sebab harga murah giler, RM150 boleh dapat dua pasang. Walhal tahun lepas baju tu sepasang harga RM150. Untung berganda beb!! Settle beli baju anak2 dan husband. Jam 12 tengahari gerak balik ke Seremban dah. 


Fasa yang kedua, shopping di Mitsui Outlet Park Klia Sepang. Kat sini beli baju kemeja dan t-shirt husband. Aku pulak beli baju outing. Nak cari blous yang labuh dan seluar jeans outing satu. Memang tengah murah, ada sales!! Jadi penuh orang kat Mitsui. 

 Time ni anak2 ada sekali. Mula2 lepaskan tapi Ilhan memang lasak, jenuh kejar dia sana sini. Orang dah ramai. Risau jugak. Last2 korban duit masuk kat mainan kanak2 ni T_T.


 Hah main ler puas2, aku tengok je. Perhati anak2 main pasir dalam ni. Ada lagi mainan yang lain. Sementara tunggu ayah dia cari dan testing baju. 

 Ada mainan yang lain tapi anak2 lebih syok main pasir ni.

 Hah angkut, tuang...Angkut tuang... seronok ye main pasir ye nak...


Hehehe kat dalam kaum ibu jer melangut menunggu kaum bapa sibuk bershopping sakan.. Tunggu jela, lagi tenang dan selamat pantau anak2 main dalam ni. 

Fasa yang ketiga nak beli baju anak2, mencari ke merata tempat tapi harga dan corak tak beberapa berkenan pulak. Cadang nak balik kampung nanti baru singgah beli kat shopping complex atau mall kat area KL. Tapi takut terlajak masa pulak. Macam nak cari dalam online je kalau camni. 

Macam ok jer baju ni dalam www.nextdirect.com. 
Harga RM114 untuk lima pasang.  






Selasa, 13 Jun 2017

Puasa bila sekolah bermula...

Dah dua minggu cuti sekolah, sejak mula bulan posa tahun ni anak2 pun cuti sekolah penggal pertama. Jadi start posa memang duduk kat rumah jela. Aku pun amik cuti seminggu masa awal berpuasa. Posa kat rumah je faham2 jela. Qaireen dan Umar banyak rehat, abiskan masa tengok tv kadang main dalam indoor je. Jadi diorang berpuasa tak de lah mencabar sangat.

So semalam dah start sekolah, seperti aku jangkakan memang anak2 akan kepenatan. Sebab akan berderet waktu sekolah dari pagi sampai malam untuk kelas mengaji. Kali ni kelas kafa diawalkan sebab dapat balik awal dalam bulan posa ni.

Ni baru balik dari kelas KAFA waktu petang. Masuk jer kete dalam 10 minit terus terlelap sampai ke pukul 7.. 

Alahai siannya budak2 ni. 


Aku panggil Qaireen beberapa kali tapi dia terus berdengkur tidur hehehe. 


Umar pun sama. Balik sekolah tidur, pagi nak gi sekolah pun tidur. 


Hahaha budak kenit tak posa ni jer yang sentiasa ceria dan lincah. Boring dia sebab kakak dan abang tidur, tak layan dia. 




Jumaat, 26 Mei 2017

Hadir ke Bengkel Tajwid Sempurna

Aku dapat email daripada Politeknik Nilai tentang bengkel belajar tajwid ni minggu lepas. Ingat buat kat Politeknik Port Dickson, rupanya buat kat Politeknik LBJ (hehehe marah orang Poli Nilai kang)
Kebetulan ada member nak pergi, Kak Maznah dan Nurul. Jadi Nurul nak bawa kete barulah boleh ikut pasai aku takde transport nak ke sana >_<.

So kitorang bagilah nama kat ULPL Poli Nilai. Pagi tu dalam pukul 8.15 baru gerak ke sana. 

Rupanya Nurul tak pernah sampai Poli Nilai. Dia ingat Poli Nilai ni letak betul2 kat Bandar Nilai ek, keh keh keh aku gelakkan jer.. 

"Tak lah, betul2 letak kat depan Felda LB Johnson jer."

Sebab tu aku tak panggil Politeknik Nilai, aku panggil Poli LBJ. Atas Sendayan jer ni. Dia pun cakap "tak pernah sampai Sendayan kak!" Pulak!? Lama duduk kat PD tak explore lagi semua tempat kat sini katanya hehehe.


Buku nota tajwid

Sampai je Dewan Utama, bengkel dah bermula dalam 10 minit. Cepat2 daftar dan bayar untuk beli nota tajwid sekali. 

Sempat lagi bergambar dengan staf Poli Nilai. 

Actually yang baris depan ni semuanya dari Poli Port Dickson dulu. Kira diorang ni Alumni Poli PD lah ye kan kan kan. Kak Rosliza dua dari kiri lagi lah baru seminggu je bertugas kat Poli Nilai. Minggu lepas kitaorang siap celebrate buat pot luck jamuan perpisahan dia kat Poli PD. Hari ni jumpa lagi kan kak hehehe!!

Tak ramai peserta, sebab mungkin staf lain terlibat program atau kursus yang lain.

Sesi pertama. Belajar tentang menyebut huruf dengan betul. Ustaz Megat yang menerangkan cara menyebut dengan makhraj yang betul. 

 Dia cakap selalu ajar budak2 tahfiz umur 12 hingga 17 tahun. Ni first time dia ajar peserta dewasa belaka ahahaha.

Lepas sampai pukul 10.30 pagi rehat dulu, minum pagi. Kemudian sambung semula dengan sesi kedua. Ustaz Ahmad yang sampaikan ilmu pula. 

Banyak sebutan yang perlu dibunyikan dengan betul2. Lagipun kalau lain sebutan takut makna jadi lain. Nota tajwid ni memang banyak membantu. Sebab ada grafik kedudukan lidah dan bunyi sebutan terletak di kawasan mana.


Selepas mengenal semua jenis2 kelas huruf, kita baca sama2 petikan ayat alQuran. Kemudian belajar hukum2 tajwid. Memang banyak, tak sempat nak baca dan berikan contoh. Waktu bengkel sangat singkat jadi bila dah pukul 12 tengahari terpaksa laju sikit.

Ustaz menjawab pertanyaan2 daripada peserta. 

Habis program dalam pukul 1.15 tengahari. Sempat bergambar dengan semua peserta bengkel. Lepas tu kami gerak ke kantin untuk makan tengahari dan solat Zuhur sebelum bergerak balik ke Port Dickson. 

Ambil gambar ramai2 dengan alumni PPD, nak amik aura kan kui kui kui. InshaAllah aku dan husband akan menyusul untuk berkhidmat di sini. Memang target kami untuk pindah ke Poli Nilai selepas lima tahun berkhidmat di PPD. Semoga dipermudahkan. 




Isnin, 22 Mei 2017

Perang nafsu!!

Ada lagi lima hari untuk kita masuk ke Ramadhan 1438H. Masa untuk berperang nafsu. Itu nafsu menahan makan dan minum, perkara2 yang membatalkan puasa. Macamana kalau nafsu nak ke arah membelanjakan wang pulak.

Kalau diikutkan citer dulu bila aku dah lupus semua hutang (citer dalam blog sini) ingatkan hati ini dah bertambah tenang. Rupanya masih bergolak juga! Ya jiwa kita bergolak2, sebab berperang!! Bukan perang dengan senjata... Kita berperang dengan nafsu!! Betul kata orang tua dulu2 "jika ikut hati kita binasa. Jika ikut nafsu kita jadi lesu...."

Cita-cita lepas settle hutang harap nak menyimpan duit dengan lebih lagi, tapi goyah. Ada jer halangan di dalam jiwa dan perasaan. Ada godaaaan. Nafsu nak membeli, nak mengunakan duit tu tetap ada. Bukan mudah nak menyimpan. Godaan dan  nafsu yang seakan2 nak tarik, nak dorong kita untuk menghabiskan wang yang ada. Dan aku faham kenapa ramai mengeluh gagal menyimpan wang.

Bayangkan bila kawan2 beli tudung jenama baru, ko ketap bibir. Bila kawan2 beli baju atau kain cadar baru ke, ko pejam mata. Ketika time2 macam ni mulalah bisikan dalam hati (bisikan setan kot ahaha) "eh kan ko dah tak ada hutang, nah inilah masanya! Sekarang duit ni kau layak untuk belanjakan. Abis tu kau simpan pun buat apa? Tak tau ke nak raikan hidup" T_T

Dah ler sebelum ni ikat perut nak tahan belanja, nak lupus hutang. Sekarang bebas hutang pun nak ikat perut, tahan nafsu lagi ke nak ber"shopping2" ni... Maka ketika inilah bermulanya perang PSIKOLOGI...

Perang psikologi tak mudah, berbaur perasaan masa tu. Boleh jadi kau akan rasa terhina, kadang2 rasa geram, kadang2 sedih sebab tak mampu nak beli itu dan ini. Bukan sebab kau tak berduit. Sebab mental ko dah block, dah halang tak boleh beli apa2. Sedih, bengkek rasa hati... Sangat2.. Tapi itulah namanya konsisten dan fokus. Selagi belum tercapai objektif maka kau tak boleh buat apa2. Nothing!

Aku mengaku sejujurnya adalah dua minggu lepas aku duduk hadap komputer usha2, tinjau2 dalam laman web CarList, Paultan.org, CarBase atau website2 kereta dalam Malaysia. Saja sebuk2 nak cari MPV ke SUV terpakai yang paling ok dan luas. Berangan kan percuma. Kononnyer nak tambah satu kete yang ok untuk family aku yang dah bertambah besar, senang nak berjalan jauh... Hajat di hati nak kumpul duit, nak simpan dan beli cash. Jadi nak set matlamat nak capai simpanan tu kena tengoklah harga kereta kan!

Check harga semasa kuda hijou ni ahaks!! 
Dulu beli RM74++k. Sekarang nilai dia RM28k T_T

Tapi check2 banyak kete secondhand/recond pun harga dia mak aii &@$%^#^&!! Sakit jiwa kalau nak kumpul duit banyak tu!! Sudahlah tu kereta ni ada susut nilai. Kalau tahun ni kau beli RM80k dan bayar cash, tahun depan nilai kete tu dah jatuh jadi RM70k. Hilang RM10k macam tu jer erk....>_<     Kalau guna pembiayaan bank lagilah sadis. Aku tak mampu....

Check price Toyota Estima recond dalam ww.oto.my. Harga dia erk!!

Lepas tu survey pulak smartphone baru. Dalam dua minggu lepas juga gatal2 jugaklah nak cari smartphone baru. Jadi merata aku survey kat Lazada. Singgah kat kiosk smartphone dalam shopping mall, dekat Maxis center ker Celcom atau Digi. Habis semua tempat aku pusing ahaha. Usha2 tengok rate harga smartphone baru. Plan baru. Jenama baru. Compare sana sini.. Kemain lagi. Mungkin sebab handphone yang ada pada aku ni dah tahap kritikal (since 2012 hingga kini setia handphone tu servis sampai tak boleh nak padam2 skrin tu, menyala jer ke sudah).

Ada harga murah tapi hati macam tak tergerak nak beli huhuhu. 

Nafsu nak beli smartphone baru. Last2 tak jadi pun nak beli.... Pakai je smarphone lama, selagi boleh pakai gunakan jelah. Ianya cuma satu keperluan, bukan kemahuan lagi.

Bak kata Tuan Meor Zaidee, kalau tuan nak beli smartphone cuba derma dulu jumlah wang tu sama dgn harga smartphone. Lepas tu barulah beli. Anda mampu berbuat begitu maka anda mampu beli smartphone tersebut. InshaAllah.

Rupanya berperang dengan nafsu ni agak hebat dugaan dia. Bukan meletihkan fizikal, tapi minda kita, hati dan perasaan.
Sabar dan bertabah... Bertahan selagi boleh. Itu je motto aku setakat ni...
Bulan Ramadhan dah nak tiba, pohon ampun dan kemaafan. Semoga bertambah amal kebajikan.
Harapan semoga ada sinar menanti di hujung hari, ewahh...

www.pinterest.com







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...