Khamis, 5 Januari 2017

DIY Book Rack Holder

Buku teks sekolah dah dapat, jadi penuh buku atas meja. Si Qaireen suka membaca jadi lepas baca dia letak bersepah merata2. Aku dan husband jugak kena kutip dan susun balik atas meja. Adoiii. Tapi meja pun nampak bersepah juga. Last2 mintak kotak kertas yang nak dibuang dari pembantu tadbir kat opis. Plan nak buat sendiri rak buku yang simple ahahaha!! nama pun nak jimat kan......!

Sumber dari Google. 
Google nak tengok patern dia macamana. Kalau beli kat kedai ni mau dalam belasan ringgit kan.........


Hah sekali dapat tiga kotak sekaligus!! Berlambak lagi kat dalam stor opis tu rupanya.

Ukur dulu berapa tinggi, lepas tu baru gunting dan buang mana bahagian yang lebih. 

Ok, kita tampal guna plaster jelah memandangkan stapler takde, darurat kan...

Lepas tu balut guna paper colour yang cantik2 bagi menarik, kalau biarkan nampak burok pulak dengan berplaster bagai hehehe. Korang lagi rajin bagi tampal sticker blink2 ker ahaks!

Tadaaaa!! Siap dah. Hmmm. Boleh lah... 

Ni first time buat, nanti yang lain buat elok2 bagi molek. Nanti aku tambah letak partition kat tengah2 rak tu bagi banyak slot kan. Ok, harap sangat budak2 ni susun buku dalam rak ni. Kesian kat ibu dia penat2 buat benda alah ni hahaha



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...