Khamis, 12 Januari 2017

Kisah Langsai Hutang Kereta


Kuda hijau ni, 
jauh merantau dah sampai ke Sarawak, 
 utara dan selatan serata Malaysia pun kau sudah mengembara. 

Kereta ni kereta pertama aku. Dan juga yang terakhir. Aku beli tahun 2007, adalah dalam beberapa bulan sebelum aku kahwin. Jenis MPV, Toyota Avanza 1.5 Metallic. Ironinya masa tu aku bujang, tapi beli MPV. Kira aku berfikiran jauuuh ke depan hahaha!! Masa tu tak banyak pilihan MPV macam sekarang. Tu je satu2nya brand yang ada, kalau nak up lagi ada Toyota Innova, tapi mak aiii tercekik ler aku!! Harga Avanza masa tu RM64k, jadi termasuk interest sebab pinjaman 9 tahun aku kena bayar dalam 74k gitu... Dengan downpayment sebanyak RM15k, jadi bulan2 aku bayar RM670 sebulan.. masa tu jenuh aku tekan2 kalkulator asyik mengira bukan nak siapkan tugasan kuliah tapi kira bayaran bulanan kereta ni, mampu ke tak hehehe.  Dah lah masa tu aku cuti belajar separuh gaji. Separuh gaji beb!! Mana mampu nak beli kereta, jadi mak aku kena lah jadi penjamin aku untuk buat pinjaman kereta ni huhuhu sedih T_T. 

Kereta jarang ada problem. Aku cukup jaga kuda hijau ni.
Rutin tukar bateri kereta, tayar dan servis aircond (yang kena tukarlah bila dah cukup masa). Dari kereta ni keluar sampai ke hari ni aku buat servis hanya di Toyota Servis Center sahaja. 

Jadi selama tempoh membayar loan kereta adalah satu perkara yang rutin, dah biasa menghadap mesin ATM setiap bulan. Bayar on time punya. Tapi tak seronok sebenarnya. Tapi bila fikir2 kereta inilah banyak membantu kita untuk pergi kerja, balik kampung dan hantar anak2 ke sekolah, kena sabar jelah. Jadi kalau nak beli kereta tak salah kalau mula2 kerja cuma biar kereta tu kena dengan kemampuan kita. Bercinta nak tunggu habis bayar T_T

Cukup sampai masa (simpan dan labur), saving aku dah cukup aku nak bayar lumpsump sedikit2 semua hutang yang ada. Termasuk ler kereta ni. Dan hari aku nak settle hutang kereta ni ada sedikit kalut... 

Pagi tu, mula2 aku pergi Ambank, bank yang aku buat loan kereta ni lah. Tunggu2 giliran sampai, aku tanya kat kaunter baki pinjaman yang perlu aku bayar secara lumpsump. Dia kirakan dan tulis amount selepas rebet adalah dalam Rm17k ++. Lepas tu aku bergegas pergilah ke Tabung Haji untuk aku keluarkan duit.  Kat situ rupanya baru aku tahu tak boleh tukar kepada cek atau bank draf. Kena keluar cash jer!!! Adoiii. Pastu limit keluar setiap kaunter hanya RM10k je. Baki selebih tu kena pergi kaunter bank Islam atau bank Rakyat atau bank cawangan lain. Kalau tahu, tak kan aku park duit tu dalam TH kalau prosedur leceh macam ni T_T

Lepas settle kat Tabung Haji aku kena pergi ke Bank Islam pula nak keluarkan baki bayaran. Tunggu lagi. Bila turn nombor aku dipanggil, tetiba orang kat kaunter cakap sistem Tabung Haji down arini. Tak boleh buat urusan apa2, pulak?? Laaah tadi aku kuarkan kat Tabung Haji sistem ok jer.... Sudahnya aku terpaksa bergegas pulak ke Bank Rakyat. Dalam hati doalah banyak2 semoga Allah permudahkan urusan aku. Niat aku untuk selesaikan semua hutang ni... T_T.

Mujur kat Bank Rakyat orang tak ramai jadi tunggu pun sekejap jelah. Urusan berjalan lancar. Cuma aku jadi cuak sebab terpaksa pegang cash yang banyak, takut jadinya. Sebelum ni aku selesa pakai bank draf atau cek untuk apa2 urusan.Lekas2 aku bergegas balik semula ke Ambank untuk selesaikan urusan ni.. Punya kalut, aku tersilap bagi jumlah duit . Kakak kat kaunter tu cakap "rileks puan hehehe.." Mana taknya hari ni aku dah abiskan masa ke sana sini ke semua cawangan bank. 

Bila letak duit berkepuk2 diikat dengan getah kat atas kaunter tu, hati aku rasa bergetar pulak. Dag dig dug, di dalam dada.... jantung berdebar hati berbunga.. amboiii.. Sudahlah berdangdut pulak dah.. Sebenarnya kan, masa tu tangan dan badan aku rasa gigil!! Allahu, aku lihat betapa banyaknya duit aku dihabiskan membayar pinjaman kereta selama ni tanpa sedar....T_T.  Sedih tau.. Penat tau.. Letih tau membayar hutang. Ni cuma sebahagian jer, tahun2 sebelum tu dah abis berapa banyak puluh ribu kan... Ooo sadis sungguh!! 


Hilanglah beban hutang yang satu ni. . . 

Lepas ni ada sesiapa tanya tak nak ker tukar kunci kereta yang baru. Jawab aku -Taubat dah... Tak nak ler hutang kereta. Lagipun tak kira hebat mana pun jenama dan hebat kereta tu aku malas amik kisah pun. Tapi kalu teringin nak kereta baru??

Tips Dave Ramsey kalau nak beli kereta baru:
  1. Nilai kereta adalah 25% daripada jumlah pendapatan kita setahun. Kalau setahun income RM42000, maka nilai kita layak beli RM10,500 sahaja. 
  2. Beli cash, jangan gunakan pembiayaan kereta. 
  3. Ish mana mampu bayar cash!!? 
  4. So if you don't have that money, then you not deserve it!
If you 24 years old and you make 26000 dollar per year and you get a 26 000 dollar a car, then you don't have a right to complaint because you are broke. Because you are stupid, it's why make you broke. You don't have a money because you got all your money entitled in that car.
Dave Ramsey 

Kalau nak beli juga kena beli dengan cash lah. Kalau tak boleh bayar cash tu tandanya aku tak mampu, jadi terimalah kenyataan aku tak layak memilikinya ahaha...Sudah sudahlah Hasny...






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...