Jumaat, 13 Januari 2017

Nak beli jam tangan sekolah|| part 1

Dari dulu lagi Umar nak jam untuk ke sekolah. Sejak dia di pra sekolah lagi. Dulu dah beli tapi jam dah putus. Kalau jam Qaireen pulak dia dah hilangkan ntah ke mana. Dia cakap ada orang amik jam dia... hmmm. Jadi hari Sabtu lepas kebetulan ke Mydin, kami singgah kejap di bahagian jam tangan kanak2.

Hah pilih2 mana jam yang berkenan tu. 

Banyak sangat corak dan design kan, tak tau nak yang mana satu. Tapi ikut peraturan sekolah tak boleh jam berwarna warni pulak. 

Ibu, Qaireen nak yang ini lah... Harga RM7.90 jer hehehe

Wah corak Dora... 

Umar punya pulak.. nak jenis digital. Ok harga dia RM8.90

Ok, dah jom jalan. Nanti Umar dan Qaireen cuba simpan duit nanti kita boleh beli ye... Eh eh nape tak beli terus, Umar dah start meragam nak jam tangan. Hehe kamu belajar simpan duit dulu. Nanti boleh beli pakai duit sendiri lagi puas hati. 

Balik Mydin, aku sediakan sampul dan tulis tabung jam Qaireen dan Umar. 

Aku bukan tak nak belikan cuma ada tujuan lain. Tujuan kami buat ni nak ajar dan didik supaya Qaireen dan Umar belajar menyimpan sebelum berbelanja di sekolah. Sekurang2nya simpanlah RM1 dari RM3 yang diberikan. 

Sampul Umar. 

Dan semalam sampul Umar dah berisi beberapa helai duit seringgit. Alhamdulilah. Memang dia berkehendak jam tu, jadi setiap kali balik sekolah pagi dan petang dia terus masukkan dalam sampul duit seringgit. 
Sampul Qaireen. Alamak kosong!!?

Cuma masalah sedikit pada Qaireen, sampai hari Rabu semalam masih lagi kosong!! huhuhu Adoiii anak pompuan kami ni memang suka berbelanja. Kalau tak beli makanan dia akan pergi ke kedai buku dan beli kertas atau pemadam yang tak berapa penting. Habiskan duit terus.  Ayah dia banyak kali pesan jangan membazir, tak payah beli sebab kami dah bekalkan siap2 semua peralatan tulis dengan lengkap. 

Jadi semalam Qaireen dapat berikan duit RM1.00 pada aku, fuhhh Qaireen dah boleh simpan duit daaaa...bagus ye nak hehehe. Nak mendidik anak kena melentur dari buluh, harap2 mereka faham kenapa ibu dan ayah buat begini pada mereka. Semoga tabiat menyimpan dari berbelanja menjadi sebati dalam jati diri anak-anak yang masih kecil ini. InshaAllah minggu depan jam tangan kamu boleh dibeli nanti.  



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...