Selasa, 17 Januari 2017

Rutin amik anak balik sekolah

Kalau balik sekolah budak2 ni mesti singgah jap kantin beli makanan. Dah lapar katanya. Selalu dibeli Umar dan Qaireen mesti maggi goreng!! Aku dan husband kadang2 bising jugak tak boleh makan maggi kerap sangat, tak elok untuk kesihatan. Seminggu tu dua kali makan cukuplah, beli makanan yang elok sikit. Kali ni Qaireen balik dia beli pisang goreng pulak hehehe. Umar lambat pulak keluar, kena tunggu sekejap.


Lapar, pisang baru digoreng. Masih panas. 

Sambil makan sambil tu membebel manalah Umar ni?? Tak keluar2 lagi. 

Lama juga menunggu, dekat 30 minit aku duk kat situ. 

Habis semua pisang goreng dimakannya. Lapar sungguh. 

Lepas makan Qaireen pergi dalam bangunan sekolah nak cari Umar. Aku kata tak payah memang budak darjah 1 lambat balik hari ni tunggu jelah. Sekejap lepas tu hah dah nampak Umar berlari heret beg dia yang besar hehehe. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...