Selasa, 21 Februari 2017

First time masak buah merunggai

Memang aku nak masak kari ikan pun tengahari tu. Ikan tenggiri beli di pasar malam semalam. Tengah nak tumis tu tetiba Qaireen datang "Nah ibu, uncle depan bagi kat ayah tadi". Aikk apa benda ni?? Macam buah petola tapi runcing2. Tapi pernah dengar husband cerita pasal mak mertua pernah masak kari letak buah ni dalam kuah kari. 

Buah merunggai. 

Ok, tapi aku sendiri tak pernah masak buah ni, jadi nak kerat macamana, macam sayur petola ker? Hahaha husband siap call kakak dia, pastu call mak dia pulak tanya macamana nak buat kui kui kui... Ok, last2 lepas tu dia tolong buatkan, kikir kulit dan kerat. Aku tinggal masak jer ceplum masuk dalam periuk kan!!! 


Ok, siap!! KAri ikan tenggiri campur buah merunggai. Termasuk juga bendi.  Rasa dia manis2 kelat. Buah ni bagus buat ubat jiran aku yg cakap. Dia orang India memang suka tanam dan makan sayur ini. 

Terima kasih buah merunggai dari Uncle :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...