Khamis, 23 Februari 2017

Masaklah ko!!

Kalau ikutkan aku takde lah taksub sangat nak masak, nak mencuba resipi baru itu dan ini... Sebab aku ni tergolong dalam orang makan jelah apa yang ada kan, janji makanan bersih dan sihat keh keh keh. Tapi kerja memasak memang rutin aku walaupun aku bekerja penuh masa. Sejak awal bulan Februari bila harga minyak naik, bolehlah dikatakan aku masak ler hari2 T_T. Kecuali hari Selasa ada pasar malam kat Seremban 2, jadi kira off day ler aku masak ahahah.....Beli nasi lemak bungkus jer..


Sejak fuel price lonjak naik dua puluh sen (banyak doh...) rasa macam bajet makan mingguan tu tertarik ditarik tertarik sekali pulak hehehe. Jadi langkah nak jimat kenalah rajin masak kan. Balik2 kerja je, terus bukak tudung kepala, singsing lengan baju apalagi - masaklah ko...!!  Ada juga rasa penat sangat badan nak melayang sebab satu hari kelas penuh.  Tapi gagahkan juga lah nak masak, lepas tu bila makan aku tak lalu sebab penat sangat (isk isk teringat mak aku kat Johor, wonder why dia kurus sangat sebab penat kerja sampai nak makan pun tak lalu T_T).


Aku kalau time kerja masak ala koboi (bak kata ayah aku) janji pisau mesti tajam!! 

Masak koboi tu macam mana? Hah time tula nak tumis, time tula nak cincang sayur ke ayam. Sekali masak 2, 3 kerja jalan... Sap sap sap dalam 30 minit mesti siap masak...Korang bayangkan jam 6.30 petang aku start masak sebelum magrib mesti dah settle semua. Jadi takdenyer aku buat stail proper semua dah siap potong ke hiris macam atas tu. Time cuti je boleh lah masak ala santai2 gitew ahaha!!

Jadi masuk magrib aku dah settle masak dan kemas dapur. Baru boleh mandi dan solat mengaji dengan aman. Kalau tak lepas magrib nak masak, confirm si Ilhan sibuk nak tolong 'kemaskan' dapur. Abis semua barang perkakas dapur dia selongkar, keluarkan. Pastu menangis nak susu atau mintak aku dukung. Eii bahaya sebab kat dapur confirm minyak panas, kuali /periuk panas. Terkena kang naya jer T_T. Bila anak2 balik dari mengaji lepas isyak baru ler boleh makan...


Jadi seronok ker memasak?? Biasa jer.. Seronoknya bila dapat tolong jimatkan duit husband hehehe. Dan paling seronook bila makanan licin, anak2 makan berselera atau bertambah.. Syukurlah, Alhamdulilah...:)










Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...