Selasa, 28 Februari 2017

Qaireen demam kat sekolah..

Pagi ni macam biasa aku ada kelas 2 jam dari jam 8 -10 pagi. Punyalah semangat mengajar, keh keh keh jadi mana ler aku sempat nak jenguk handphone pun walau sekejap.

Sempat lagi buat kuiz pagi ni. 
Student blur je walhal aku dah bagi dah semua formula kat whiteboard T_T

Habis je kelas, aku dah masuk kereta barulah bukak check handphone. Sebab nak call husband ajak makn, lapor weiiii dari pagi tak makan apa. Check kat whatassap group sekolah anak tetiba ada cikgu mention pasal Qaireen. Alamak....!!??

Cikgu hantar msg pagi dalam pukul 9 lebih tadi. Aku check dah jam pukul 10 pagi.


Lah, demam ke Qaireen. Padahal pagi tadi dalam kereta bukan main lagi coloteh dia pok pek pok kat belakang. Ceria, elok je dia jalan pergi sekolah tadi. Tetiba pula demam??! Aku dan husband pun pergi sekolah, kebetulan time tu sekolah tengah rehat. 

Tengok kat kantin dia takde, confirm duduk dalam kelas jer tu. Jenguk dalam kelas, Qaireen memang duduk tidur kat meja, dia tak larat. Cikgu dia ada di belakang tunggu dia dalam kelas. Siap muntah2 lagi. Ish sekejapan jer sakit menyerang. Dalam kepala fikir apa benda dia makan semalam atau pagi tadi. Husband dukung dia bawak ke kereta (kelas dia tingkat dua, mak aiii jenuh panjat tangga).


Alahai Qaireen dengan muka tak larat. Bawa kedai makan jap, bagi alas perut tu. 

Kena tongkat dagu sebab tak larat, nak makan pun tak lalu. 

Bawa dia makan dulu, tapi tak nak sebab tak lalu. Minum air suam jer... 

Bawak balik ke taska, suruh dia baring dan rehat. Kena tunggu adik dia balik sekolah tengahari ni dulu. 

Bila tanya punca kenapa, cikgu PJ pagi tadi suruh  satu kelas berlari lima pusingan kat padang. Yelah pagi ni dia ada Pendidikan Jasmani sebab tu pakai baju sukan. Lepas lari2 tu terus Qaireen terus rasa pening adoiii. Pastu apalagi muntah2 pulak alahai.. Hmmm sebab perut ko kosong nak... Dah suruh makan roti dalam kereta, ayah dia dah belikan siap2 malam tadi. Tapi dia tak nak makan. Minum air milo je. Nak simpan makan petang nanti. Kena makan dulu nak, nanti takde tenaga nak bersukan. Sudahnya ni ler jadinya. T_T






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...