Selasa, 14 Februari 2017

Rutin amik anak balik sekolah

Dah jadi rutin aku dan husband gilir2 amik anak2 balik sekolah dan hantar ke sekolah KAFA. Kalau dia ada kelas turn aku kena amik, begitu juga lah sebaliknya. Biasalah mula2 nak menunggu tu rasa panas juga sebab cuaca dah tengahari lepas anak2 pulak sempat juga menyinggah beli makanan kat kantin. Amik masa betul, jadi kena sabar menunggu...

Jadi tunggulah jela kat kantin, redup sikit. Kena datang awal sebab parking kadang2 takde. Maklumlah sekolah tepi jalan besar, jadi ngeri sikit sebab banyak kenderaan lalu lalang.


Tengah tunggu, dah pukul 1. Budak2 dah start keluar dari kelas.

Berderu budak2 keluar. 

 
Ahah, dah nampak dah Umar keluar dari bangunan dia. Huhuhu bongkok anak aku bawak beg dia, berat sungguh lah....T_T

Sedaya upaya pergi ke arah aku, baru lepas turun tangga keh keh keh.

Tercungap2 bawak beg kan!!

Bukak beg lah, Umar penat dah.

Fuuuh.
Ok duduk dulu. Relax kejap. Tunggu akak pulak turun dari kelas dia. 

Hah Qaireen dah turun. Aku jerit "Qaireen, depan longkang tu.." 
Pasal dah dua kali dia jatuh kat longkang tu T_T
Bahaya juga sebab tidak bertutup, di laluan utama pulak tu. 

Ok, dua2 dah ada. Jom balik CDC. Nanti petang pergi kelas KAFA pulak. 


Iringlah anak2 kita ke sekolah dan balik sekolah jika berpeluang. Besok lusa kita dah mati, anak2 ni yang akan mengiringi kita ke kubur. Tak pun mengiringi kita dengan doa mereka. Amin....T_T





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...