Rabu, 1 Februari 2017

Selamat hari Jadi Qaireen dan Ibu ||2017

31 Januari 2017, semalam hari jadi aku yang ke 36 tahun (dah bertambah dah usia heeee) dan anak aku yang sulung Qaireen Shafiyyah yang ke lapan tahun. Kitorang celebrate kat Batu Pahat sebelum balik ke Seremban,  Aku tempah kek kat member kampung kami yang ada bukak bakeri di Batu Pahat. Order kek nutella cheese leleh,  berat 1kg. Aku letak sekali nama abang aku, Hardy sebab kami semua lahir bulan Januari.

Kek Nutella Cheese Leleh. 

Memang meleleh. Kena sejukkan dulu. Baru best makan ni. 

Orang yang lahir bulan Januari. Kira kami ni bintang aquarius ler gitew..

Ok, kerat kek eh potong kek kan... 

Sempat pulak tengah potong tu Umar amik dua tiga coklat atas kek. 

Makan kek waktu petang. 

Ilhan pun nak makan jugak :)


Semoga bertambah usia aku, bertambahlah amalan ku. Lebih ke arah kebajikan dan kebaikan hendaknya. Untuk dunia dan akhirat juga. Dan untuk Qaireen semoga bertambah sihat, menjadi anak yang baik dan solehah. Amin.... 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...