Khamis, 16 Mac 2017

Buat minuman detox.

Bulan ni aku jarang update blog sebab sibuk. Disebabkan nak kejar dateline sebab minggu depan aku nak cuti seminggu, aku duk pulun abiskan silibus, penilaian markah (kuiz, laporan dan ujian) dan sibuk menanda kertas. Dan minggu ni kesihatan aku merundum sikit, aku batuk2 dan pagi semalam aku terus hilang suara T_T

Memang tak keluar suara, batuk2 lagi. Nak bercakap pun payah suara dah serak, lagi lah nak mengajar. Suara sangkut2 sebab tak boleh keluar. Student senyum2 je dalam kelas bila aku mula bercakap, ceh! sabor jelah.

Jadi balik rumah, aku buatlah air rebusan herba resipi dapat kat internet ler. Harap2 boleh pulihkan sikit masalah kesihatan ni. Dahlah minggu depan nak bercuti, kalau tak cukup sihat aiseh spoil ler nanti. 

Ramuan dia....
  1. Serai 3 tangkai (amik tepi rumah je tapi kalau korang carilah kat kat mana2 kedai) 
  2. halia 3 hiris-racik2 kan
  3. bunga cengkih dalam 7-10 kuntum
  4. air lemon
  5. madu
  6. Kulit kayu manis
  7. Air 1 liter

Ni je yang ada dalam dapur, kayu manis abis stok pulak 

Yang ada sup bunjut ni..
Kalau nak rebus aje sup bunjut ni ok jugak kot semua benda ada dalam tu kan kui kui kui. Tapi aku tak buat ler. 

Rebus semua kecuali air lemon dan madu. Rebus dalam 20 minit. Pastu sejukkan dulu, baru letak perahan lemon dan madu. Ikut ler korang nak masam lebih ke idok kan... Lepas tu dalam suam2 tu ko minum dan telan! Jangan lupa baca selawat dan bismillah. 

BIla minum rasa lega sikit tekak dan hidung sebab rasa sempit dah dari pagi tadi...Kena amalkan sepanjang minggu ni. Harap2 dah ok, sebelum pergi bercuti... Tak sabor nak cuti weiii!!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...