Khamis, 9 Mac 2017

Hari Perbentangan Projek Akhir JKM 2017

Okaylah hari inilah adalah finalized untuk projek akhir semester akhir diploma Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Port Dickson. Jadi memang nak tak nak, kena semua projek kumpulan yang dirancangkan perlu siap dan dapat berfungsi dengan baik.  So aku kira student2 ni semua confirm tak cukup makan, tidur dan rehat nak kejar dateline siapkan projek mia mia mia.....

Aku kena jadi panel penilai untuk tiga projek!! Hamik, projek pertama ni projek kabin mudah alih. memang buat untuk mudah dibuka dan dipasang ke mana-mana untuk tujuan penstoran. Bagus juga lecturer suruh buat ni sebab bengkel dah sarat dengan barang2 dan peralatan kan kan kan!!! Kena pindah satu tempat yg baru.

Tapi bab analisis hahaha kira hampeh pulak, boleh ke dia tulis atas kertas dah tu amik gambar dan tempek camtu kat slaid dan report. 

 Slaid pun sama. Siap ada jari terselit kat situ??!! What the fish??? 

Diorang tayang video je, aku nak jalan ke kabin tu jauh jugak. Tapi memang nak check analisis jer tapi macam tu pulak lagu dia. Tak tau ler betoi ke tak tu hmmm.

Lepas tu aku check group ke dua, diorang buat buaian baby ada sensor untuk bunyi dan berayun sendiri. Kalau ayunan dah biasa tapi dia hidup bila ada bunyi tangisan baby. 

Pelajar terangkan macam mana dia berfungsi. 

Sensor ayunan mengunakan magnet, diorang tukar tak jadi guna gear seperti perbentangan pertama dulu, leceh katanya.

Sayang pulak bila aku nak nilai markah, tenaga solar dia rosak, overheat lalu terbakar. Padahal tengahari tadi aku tengok elok je buaian tu berayun. Jadi memang tak boleh nak demo sistem dia. Kesian budak2 ni, muka kecewa sebab punyalah kerja keras nak siapkan projek. Last2 tak dapat nak demostrasi. 

Ok jugak projek ketiga, daripada pelajar mekatronik. Automatik car bonet. 

Ni bukan bonet, just display dia saja. Tapi diorang dah test guna kereta juga. Ada bukti video. 

Kalau guna untuk peti harta karun pun bagus jugak kan hehehe. 

Objektif dia nak bagi orang yang ada model kereta lama boleh pasang sendiri automatik bukak pada bonet kereta tersebut. 

Cuma transmitter dia tu aku mintak jadikan kompak sikit. Ni bentuk dia macam nak letup bom jer.. Kalau gi bawa KLIA confirm tak pasal2 polis syak dan tangkap huhuhu..

Abis tu group student aku buat apa pulak, kemain komen projek student lain hahaha. Aku request buatkan mini cooler, boleh bagi sejuk kat perseorangan dan buat tu dalam ruang yang kecil, dan portable.

Astute Miniature Frescade Agent (AMFA). Amboi kemain lg nama dia.


Alhamdulilah siap jugak walaupun aku rasa macam2 dugaan budak2 dapat masa nak siapkan projek ni. 

Ice gel, aku tak mau guna ais. sebab tak mau basah2 nanti leceh nak kena bersihkan 

mintak diorang boleh buat detect suhu dan set kelajuan kipas.  

Kipas berputar ikut suhu di persitaran. Kalau panas, lagi laju dia berpusing. Sampai nak hangit sebab kipas tak berenti dari tengahari tadi huhuhu

Suhu di luar. 

Bila panas, suhu meningkat kelajuan kipas jadi HIGH SPEED.sejuk boleh tahan dalam 4 jam. Agak2 korang minat tak nak beli produk ni mia mia mia...

Apa2 pun terima kasih kat pelajar2 aku ni, korang dah buat sebaik2 yang boleh. Melayan kerenah aku ni, bnyak songeh jugak. Puan ni suruh buat itulah inilah. Ubah itu ubah sini. Haha pening kan. Jadi tahniah ye

Apa2 pun jom amik gambar last day, CHILL !!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...