Sabtu, 25 Mac 2017

Jadual naik angin atau marah

Kitorang baru balik dari bercuti di Pahang. Nanti aku update pasal entri bercuti. Bila tanya best ke bercuti kat anak, diorang cakap BESSST!!! Umar cakap kalau duduk rumah jer boring. Asyik2 kena marah kui kui kui.

Dan malam ni dia kena marah juga. Tak marah sebenarnya cuma mainan dia terpaksa dirampas disebabkan asyik membuli dan buat adik dia Ilhan menangis jer... Kitorang jadi rimas asyik nak pujuk Ilhan menangis stress kena buli dgn abang dia.

Marah umar. Tak puas ati sebab mainan dia dirampas. Siap lukis jadual untuk ayah nanti bila ayah marah nanti Umar tanda berapa kali dah ayah dah marah hari ni hahaha!!

jadual kemarahan ayah.

Husband bengang sebab yang marah tu ibu. Tak pasal2 ayah yang kena hahaha!!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...