Jumaat, 21 April 2017

Meja opis aku yang hangat!!

Kalau orang tanya apa yang memori yang buat ko ingat kat tempat kerja ko? Aku cakap opis aku yang hangat!! Pastu bentuk dia pelik??  Hahaha boleh gitu. Opis aku ni memang ada aircond. Tapi sepanjang hampir lima tahun aku kat sini lebih banyak takde aircond dari ada aircond >_<

 Sebab bangunan opis ni buat untuk ada air cond kan,  bentuk bangunan pun macam moden lah konon2 nyer nak bagi gah. Bentuk pentagon. 

Aku rasa pelik juga masa aku lapor diri dulu. Tangga opis kat tengah2 bangunan, hujung keliling bangunan baru bilik2 pejabat. Kalau bangunan opis lama aku, tangga semua kat penjuru atau tepi bangunan. Bilik2 pejabat kat tengah bangunan. Jadi aku rasa bangunan ni banyak membazirkan ruang, semua ruang tak digunakan sepenuhnya. 

 Oii jiran sebelah, khusyuk watpe tu hehehe. 
Meja opis kami takde partition. Jadi terbuka luas. Konsep pejabat terbuka hahaha best kan.

 PC aku yang banyak juga bersabar macam tuan dia dalam panas dan hangat dalam opis ni. Mujur dia tak banyak meragam. Sentiasa cool je kan..


 Hah ni je kabinet yang aku dapat. Cukuplah untuk aku sumbatkan fail2 yang berkaitan kerja aku. Fail peribadi pun ada jugak hehehe. Bersepah kan.


 Gambar family sebagai penyejuk hati :)


 Penyambung nyawa 1. Kalau takde ni pitam aku sebab kepanasan. 


 Penyambung nyawa ke2. 

Bukak nak bagi angin masuk. Tu blind curtain dah jadi macam roti kirai dah. Kena pukul angin sampai rabak macam tu sekali. Tapi aku tak kira janji tempat aku tak panas dan hangat wooo..

 Belajang meja opis aku. 

Kabinet almari belakang aku ni memang pangjang dan besar. Tapi langsung tak boleh guna sebab ada banyak fail2 orang dalam tu. Atas kabinet pun sama juga. Barang siapa pun aku tak tau, memang penuh. Jadi ruang meja aku sendiri terhad tak boleh simpan banyak2 fail. 

 Jadi atas insentif sendiri aku buatlah satu portable almari fail untuk aku. Nampak atas tu!! Cantik kan hahaha!!

 Zooom sikit apa ada dalam almari portable aku ni hah!
Banyak longgokan assignment pelajar dan report yang tak dituntut kembali. Tunggu sikit masa lagi aku sort dan recycle.


 Kabinet yang sedia ada nak muntah dah, nak terkeluar semua barang. Aku nak kemaskan time student dah cuti sem ni. Tu pun ikut mood, sebab aku dah panas hati dan panas badan duduk di sini kui kui kui.

OO tiada apa cerita lagi pasai penghawa dingin yang tak dingin ni. Itulah nasib bangunan gomen, peruntukan tak de terpaksa hadap jelah semua benda ni. PAsrah.


Tetiba je aku rasa macam nak mohon pindah, ok tak?? Hahaha selalu 4 tahun ke atas aku akan tukar lokasi tempat kerja, berhijrah.. Agaknya sampai masa untuk aku berhijrah sekali lagi kot.. hmmm



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...