Rabu, 26 April 2017

Nak beli jam tangan sekolah || Part 2

Entri yang lepas aku ada citer pasal tabung jam anak2 kat sini. Jadi ikutkan sebenarnya dah sebulan anak2 kumpul duit memang dah cukup nak beli. Tapi bila kami ke Mydin tengok semua jam yang ada macam bermasalah jer hehehe jam murah kan. Standard lah, tak kan kita nak jam tu setanding macam jam tangan Casio ke Alba kot. Agak2 ler wei...

Bila kami balik ke Batu Pahat, aku teringat ada kedai jam kat belakang stesen bus BP. Aku selalu tukar bateri jam kat situ. So aku dan husband survey, wah cantik juga. Harga pun ok jugak. Sorry lupa nak capture gambar jam dalam kedai tu. Lepas balik rumah bawa budak2 datang ke kedai ni sekali, biarlah diorang pilih jam mana yang diorang berkenan. 

 Ok, dah beli dah. Sibuk dua beradik ni nak pakai jam. Jam warna pink untuk Qaireen dan biru hitam untuk Umar.

 Panggil2 suruh masuk kete dulu pun diorang tak dengar. 

Sibuk nak pakai terus. Suka ler tu  >__<

Sibuk tekan nak bagi keluar cahaya. Jam ni design macam G-Shock. Memang cantik dan sesuai untuk kids tau. Ada tarikh, hari dan alarm. 


 Ni tempat kedai kami beli. Kedai ni dari aku sekolah lagi dah ada. 

Total harga untuk dua jam. Kira satu jam harga dia RM34 termasuk GST. Harga mampu milik, lagipun anak2 guna duit tabung jam mereka. Oklah tu reward dan berguna untuk diorang kat sekolah nanti. 

 Sukalah tu, kenyang tengok jam tangan ye nak. Nak makan pun tak tau nak order apa. 

Kemain Umar mia mia mia!!

Saya sangat suka jam ni, nak tidur pun sibuk nak pakai juga. 

Apa2 pun jaga elok2 jam tangan ni. Bila anak2 beli guna duit sendiri ternyata berbaloi sebab diorang akan hargai apa yang diorang beli tu. :)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...