Isnin, 10 April 2017

Sedap Laksa JDT adalah bersebab

Aku ingat lagi Chef Wan pernah membebel masa dia masak laksa Johor dalam program masakan dia. "Banyak benor ingredients laksa johor ni puan2 sekalian. Ada bawang merah, putih, halia, kerisik, lengkuas, serai, ikan kering kurau, udang kering, rempah kari, lada kering, bunga kantan dan bla bla..."

"Sebab tu ler laksa ni rasa sedap sebab banyak sangat ingrediants dia, kalau tak sedap jugak tak tau lah kata apa hah" bebelan chef pujaan 1 Malaysia ni. 


 Dan aku akui memasak laksa johor lagi renyah giler kalau nak bandingkan masak laksa utara atau laksa asam. Sebab tu aku jarang jumpa gerai jual laksa johor kalau banding laksa asam T_T. 

Kalau teringin nak makan aku kena masaklah sendiri. Tak kan nak balik Johor baru nak merasa. Kat Johor belum tentu kau jumpa gerai jual laksa JDT ni. Sebab sama aku katakan tadi. Renyah beb nak buat laksa ni huhuhu. 

 Air rebusan ikan campur asam keping. Rebus nak bgi isi dan tulang lembut. 

Kemudian sesi nak buang tulang dari isi. Ini tugas husband sebab dia memang tak suka kalau makan ada tulang tersangkut. Takut tercekik. Serik nak makan nanti.

Semua bahan2 ini akan dicincang, dikisar halus dan ditumis. Dan dicampurkan pulak dengan santan dan kerisik. Itu bab kuah sahaja. Nak makan laksa kena ada ulam2 dia pulak, hirisan timun, daun selasih/kesum serta bawang, perahan limau kasturi, lobak asin dan disimbahi dengan sambal belacan... Aduhai serumitnya laksa ni bermakna sesedap juga bila kau makan nanti. Itulah orang panggil NIKMAT hehehe... 






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...