Selasa, 5 September 2017

BELI KAMERA BARU|| NIKON COOLPIX W100

Kebanyakkan gambar dalam blog aku ni dari awal2 adalah dari kamera Nikon yang aku beli sebelum aku kahwin lagi. Aku cukup suka dengan kamera nikon sebab gambar dia memang tajam, jelas dan rekabentuk dia yang menarik. Tapi dekat lapan tahun aku pakai akhirnya kamera tu rosak, sebab lense dia tak boleh zoom keluar dan masuk. 

Dah dua kali rosak, nak betulkan rasanya kos tak berbaloi. Jadi aku tak berkamera lah dalam dua tahun ni. Amik gambar pakai handphone jer.. AKHIRNYA PADA DUA MINGGU LEPAS AKU BELI JUGA KAMERA BARU..... NIKON COOL PIX W100.


NIKON COOLPIX W100.
Ada 5 macam warna jadi pilih yang mana berkenan di hari... 

AKu beli kat kedai di Seremban 2. Betul2 berdepan dengan Mydin Hypermarket S2. Harga dia termasuk GST ialah RM528.00. Kalau beli LAzada murah lagi boleh dapat dalam RM480++. Tapi sebab produk digital leceh sikit kalau rosak nak ada warantty, nak baiki. Jadi better aku beli kat kedai jer. Bayar pakai Maybank American Express dapat rebet. 

Jadi aku beli dengan harga RM501.60 sahaja. Dapat beg pouch kamera, micro kad dan charger sekali. Itu jer...  

Oklah, jom kita tengik gambar amatur yang aku amik guna kamera W100 ni ahaha. Sakan bergambar, anak2 pun tengok pelik jer ibu asyik snap sana sini. Almaklumlah dah lama tak pegang kamera huhuhuhu. 





 Oii senyum sikit!!

 Apa? nak saya kibarkan bendera ker??

 Lepas tu siap boleh bubuh frame pulak dah, perghhh macam instagram pulak kamera ni kui kui kui


 Hahaha suami pun jadi mangsa gambar








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...