Jumaat, 15 September 2017

Program Kursus Haji Cilik- Ilhan Walfiq

Hari ni ada program Haji Cilik kat taska Ilhan. So teacher pesan kat mummy2
pakaikan pakaian ihram kat anak2... Alamak mana pulak nak cari kain ihram, teringat juga ayah aku ada bagi kain ihram dia buat umrah dulu kat kami. Tapi sayang pulak nak gunting2 kain tu.

Nasib baik ada dua kain tuala putih dia, boleh ler balut jadikan kain ihram. Pagi2 lepas mandi aku balut jela, tapi pakaikan dia seluar juga, kesian pulak nanti dia sejuk.

Sampai taska, Ilhan blur pagi2, mungkin sejuk atau pikir nak dapatkan haji mabrur ke ni?


Sampai kat depan pintu taska. Masih blur lagi. Ilhan macam pelik je pasal apa pakai macam ni. Selalu pakai uniform kan ahahaha!!


Kain pun tutup tak betul, just lilit jer macam tu. Nanti mintak cikgu betulkan kedudukan bahu dan pin betul2. Dah ada beberapa bakal hajah sampai dulu dalam taska ni. Dah ready pakai mini telekung. 

Antara bakal2 haji cilik yang dah dtg, ni naik berlepas kapal terbang yng sama kot.
Pukul 8.30 pagi dah kumpul naik bas bergerak ke Dewan Wawasan untuk menjalankan semua program tersebut. 

Ok, dah ready beratur. Tggu arahan teacher untuk masuk ke dalam dewan.



video
Buat tawaf... 
Huru hara cikgu nak kawal budak2 dari melencong laluannya :)


Belajar wukuf. 

Buat sa'i. 

Rehat kejap, kepenatan budak2 ni. 

Tahlul. 


Dah selesai semua rukun, lega semua hehehe. 


Bakal2 haji cilik ni. Semua comey2 belaka. 
Putih bersih sesuci kain putih anak2 ni T_T

Amboi siap bersujud lagi adik ni haa, Alhamdulilah syukur ye nak... 

Last amik gambar ramai2. Selesai dah program haji cilik ni. 

Alhamdulilah, semoga Allah murahkan rezeki dan makbulkan perjalanan haji Ilhan nanti. Amin. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...