Khamis, 2 November 2017

Ganti geran kereta hilang di JPJ

Aku rasa aku cuma tengok geran kereta ni setahun sekali jer. Masa bila nak tengok? Masa nak renew insurans dan roadtax sekali gus. Punyalah lama simpan geran kete selama sepuluh tahun alih2 nak renew tahun ni tetiba aku tak jumpa!! Puas ler aku mencari punggah fail sana sini, tak juga jumpa2.

Last2 terpaksalah buat baru kat JPJ. Sekarang geran diorang dah lain, tak macam dulu. Dulu setiap kali renew roadtax diorang akan print kat belakang geran tu. Sekarang tak lagi dah... Geran dia pun sebesar separuh kertas A4 jer.

So petang semalam aku kerja amik half day nak settle geran punya pasal. Roadtax nak mati dah next week ish ish ish. Sampai kaunter JPJ cakap kita nak buat geran baru, geran lama hilang... Nanti petugas JPJ bagi borang PERMOHONAN SALINAN/GANTIAN SIJIL PEMILIKAN KENDERAAN.  So kita pun isi jela semua ruang2 yang diorang dah tandakan. Senang jer kan, dah siap isi amik nombor giliran dan tunggu..


Tu dia borang nyer. Dah dapat no dia, aku kena tunggu sebab ada giliran 30 orang lagi. 

Takpe, kat JPJ Senawang ni memang banyak kaunter pun. Lajuuuuu. Aku duduk tunggu dalam 10 minit terus dah sampai giliran. Bagi borang dan dan kad pengenalan kita. Nanti petugas akan buatkan. Kena bayar tak?? Of course ler kena bayar, sapa suruh hilangkan!! Kereta aku kena bayar dalam RM50. Kalau motorsikal dalam RM20.

Tadaaa, dah siap sekejap jer. Uii jakun jap sebab tengok geran dah makin comel. Lepas ni kena laminated supaya tak renyuk dan hilang. Sebab dah comel sangat kena simpan elok2. Kang hilang lagi naya jer... Bolehlah renew insurans dan road tax sekali lepas ni. 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...