Isnin, 22 Januari 2018

Majlis Taklimat Keselamatan dari PDRM di Tritonix

Hari Sabtu yang lepas, 20hb Januari 2018 persatuan taman kami ada buat majlis taklimat keselamatan dari pihak PDRM dari Balai Polis Mambau. Jadi ini kira satu daripada aktiviti persatuan taman untuk semua ahli dan penduduk Tritonix, Bandar Sri Sendayan.

Satu taklimat khas daripada tetamu jemputan iaitu Ketua Balai Polis Mambau untuk menerangkan serba sedikit tentang keselamatan diri, harta benda dan orang ramai. Start majlis pukul 8.30 malam. Anak2 lah yang suka sebab boleh keluar bermain  dengan kawan2di padang mainan waktu malam.

Ketua Balai Polis Mambau memulakan taklimat. Dimulakan dengan indeks stastitik kes jenayah di kawasan sekitar Mambau dan Sendayan. 

Statistik kadar kes yang berlaku sekitar tahun 2016 adalah 30 kes. Dan tahun 2017 pun sama juga 30 kes. Cuma ada perubahan dari segi jenis kes jenayah. Kalau kes rogol tahun 2016 hanya 1 kes, tapi 2017 meningkat jadi 3 kes (kata sarjan, bukan paksaan tapi memang suka sama suka tapi pompuan bawah umur jadi jatuh kes rogol). Jenayah indeks seperti pecah rumah, kecurian kereta dan motor pun menunjukkan peningkatan sedikit berbanding sebelum ini. Terutama di Taman Sendayan Indah, Kampung Sendayan dan beberapa hotspot di sekitar sana.  

Di sekitar Bandar Sri Sendayan dan sekitar Nusari Aman hampir tiada kerana hampir semua taman telah melaksanakan sistem kawalan keselamatan di setiap taman. Pihak polis mengucapkan terima kasih kerana kewujudan sistem kawalan keselamatan sedikit sebanyak dapat membantu polis untuk menjalankan rondaan keselamatan. 

Kemudian sesi soal jawab dengan pihak polis atas beberapa kemusyikilan seperti scams atau kegiatan penipuan melalui online atau telefon. Kemudian Operasi Bantuan di mana penduduk boleh ke balai polis dan mengisi buku untuk memaklumkan pihak polis tempoh mereka tiada di rumah dan pihak polis boleh membuat rondaan di kawasan rumah terbabit. 


 Setelah selesai taklimat, Pengerusi majlis, Haji Daud mengucapkan setinggi penghargaan kepada wakil pihak polis atas kerjasama dan meluangkan masa untuk memberikan taklimat. Majlis disudahi dengan penyampaian cenderamata kepada wakil pihak polis. 
.
Hampir 40 orang wakil daripada jumlah penduduk taman yang hadir, mungkin yang lain terlibat dengan aktiviti lain di hujung minggu ni. 

Ilhan mula2 je ok, duduk diam2 atas kerusi. Lepas tu ligat nak jalan main kat playground. Terpaksa lah ayah ikut je mana dia nak jalan. Dukung pun tak nak, mengelupur nak turun main. 

Aku pun tak senang duduk, anak2 semua hilang main kat playground. Umar beberapa kali tawaf keliling taman dengan basikal dia. 

 Habis taklimat apalagi, makan time!!

 Ada mihun goreng, roti jala, kari ayam, kuih muih, buah jambu dan air kordial. 

 Alhamdulilah, majlis berjalan baik. Masa nilah kita ada juga peluang ramah mesra dengan jiran2 yang lain. 

 Ilhan dah penat main, makan dulu. Nanti balik mandi lah semula. 

 Mihun dan roti jala. Cukup untuk makan malam ni :)

 Umar berhenti kejap makan karipap. Lepas tu sambung balik pusing beberapa round pulak lagi. 

Qaireen kelaparan. Makan sungguh2, mak aih berpeluh2 budak ni main kat playground. Ish lepas abis makan, semua balik rumah dan mandi sebelum tidur. 



Jumaat, 19 Januari 2018

KISAH TURUNKAN BERAT BADAN : PART 3 -Eat clean and healthy

Sambungan kisah misi turunkan berat badan. Kali ni pasal bab permakanan pulak. Hari aku mulakan misi ni, hari tu juga aku terus stop amik gula. Jadi aku stop minum air2 manis dan makanan yang manis2. Jadi air tak kiralah nescafe tarik ke, kopi o, cendol, abc ke malahan air sirap atau air kordial langsung aku tak sentuh dah. Tiada gula putih, frukosa, sukrosa, susu pekat manis dan yang seangkatan dengannya.

Makanan manis macam gula2, aiskrim dan coklat atau kek aku dah tak makan. Kat bawah ni, kalender diari yang aku buat, ada aku catit hari pertama (day 1) jatuh pada 6 November 2017 aku cut sugar (gula sintetik) sampailah ke hari ni. Alhamdulilah, bertahan.... Minuman instant 3 in 1 pun stop, tak mau lagilah..

Aku hanya minum air masak sahaja, kalau nak minum air ada perisa aku minum teh hijau tanpa gula. Cuma aku gantikan gula dengan madu. Tapi masa mula2 berhenti amik gula, pergh macam orang nak berhenti merokok rasanya. Ketagih beb!! Rasa craving nak amik air gula, benda manis2. Tekak ni gatal2 je nak minum manis, nak order nescafe tarik lah, nak bancuh kopi o lah huhuhu. Rupa2 nya macam tulah agaknya orang rasa ketagih rokok bila berhenti yek... Dahsyat T_T

Start 10hb, aku mula buat workout cardio. Dan 20hb, aku dah mula elakkan makanan yang berkalori tinggi, berminyak atau bergoreng (deep fried).

Masa dua minggu misi ni berjalan, berat tak turun pun. Maintain jer.. dah 20 hari baru turun 500 gram jer. Aku dah risau, salah ke cara aku. Tapi baju dah longgar. Badan terutama peha dan perut makin mengecil. Rupanya baru aku faham berat lemak tu bertukar jadi berat otot. Jadi badan kita mengecil tapi berat tak turun. :)

Masa pergi Penang dengan family, aku tak makan cendol. Ayah aku tegur "jangan tak ambil gula langsung, kena ambil gula juga. Hypo nanti. Kang takde tenaga. Tapi aku jawab, "Gula tu ada, makan nasi, hari2 makan nasi..."  Hahaha hari2 makan nasi ko! Kalau korang tengok jadual bawah ni, bulan Disember aku dah start catit makanan yang aku 'ngap2' sepanjang hari.

Tujuan aku catit ni supaya aku boleh elakkan plateau. Jadi kalau kena plateau aku boleh check balik cara permakanan dan senaman yang dibuat. Setakat ni aku belum pernah plateau lagi.

Sapa cakap kena tinggalkan nasi? Aku hari2 makan nasi. Kadang 3 kali sehari. Kadang nasi lemak pun aku makan hehehe. Berat tetap turun setiap minggu. Tapi makan kena kawal, ikut kuantiti dan keperluan badan kita yang sepatutnya lah. Jangan berlebihan.  

Lauk pauk banyak masak bening, sup, stim dan tom yam. Kalau lemak bersantan jarang2 aku masak. Roti canai lama aku tinggalkan, kuih muih pun sama. Untuk sarapan, aku amik roti dan telur. Kadang2 bihun sup atau mee hailam. Makan malam aku tetap amik nasi putih. Dan makan lewat malam pun ada, hahaha banyaknyer makan. Yang ni selalu  untuk penutup, aku makan cereal campur susu segar, tak pun makan oat+badam+madu+almond. 

Buah-bahan aku banyak makan jambu batu. Sebab suka dengar bunyi cruncy jambu bila kita kunyah. Kira macam ada pengaruh psikologi jugak kan hehehe. 

Januari 2018. Masih gigih mencatat...

Makanan ni umpama 'fuel', bahan api untuk pembakaran tenaga. Kalau aku elakkan dari makan, aku takde tenaga untuk workout dan bersenam. Jadi aku perlu makan secukupnya, perlu ambil nasi setiap hari. Kalau ikutkan untuk turunkan berat aku kena maintain pengambilan dalam 1500-1800 kalori setiap hari. Sehari aku akan makan empat atau lima kali. Jadi kalu 1800 kalori perday, bahagi dengan lima kali makan, sekali makan akan ambil kuota 360 kalori. Kalau pagi kurang dari 360 kalori tu, tengahari bole topup yang kurang tadi. 

Energy bar.
Yang kat atas ni aku beli kat farmasi. Setiap kali lepas workout, aku akan makan satu untuk ganti balik tenaga. Aku tak amik minuman gula atau isotonik. Minum air masak jer banyak2. Sebab tu aku simpan stok energy bar ni kat rumah. 

Quaker chewy granola bar, dari google.
Yang ni pun not bad. Aku beli kat Tesco. 

Itula sedikit info permakanan yang aku amalkan sekarang ni. Harap sentiasa istiqamah. Nak turunkan lagi 9 kg untuk capai berat ideal. Yang penting badan sihat dan sentiasa fit yek! Chaiyok...



Rabu, 10 Januari 2018

Kisah turunkan berat badan : Part 2 - Workout!!

Masa memulakan misi turunkan berat badan, aku banyak follow daripada Kevin Zahri dan blog sususejat.com. Aku takde join pun Jom Kurus 1 Malaysia (JK1M) tu... Cuma banyak ambil input daripada apa yang dia bagitau dalam you tube atau dalam website dia. Terutama dari segi senaman dan workout. Kalau dalam blog sususejat pulak, aku dapat banyak input dari segi permakanan dan definasi pembakaran kalori yang betul. Banyak betul input di dalam blog ini.

Jadi apa yang aku dengar dan fahami daripada fitness trainer tersohor -Kevin Zahri, untuk turunkan berat badan ialah melalui 80% daripada permakanan dan 20% lagi daripada senaman. Jadi update aku hari ni berkaitan senaman aku buat.

Nak merealisasikan target turunkan berat badan, aku meletakkan sasaran turun 1 kg dalam masa 10 hari T_T... Dalam bahasa matematiknya 10 dayS = -1kg. Agak2 realiti juga lah sasaran aku kan. Takkan nak dalam 10 hari boleh turun 10kg, agak2 lah kau jah!! Dah bertahun2 kau simpan lemak, lepas tu dengan semudah itu jer kau nak buang lemak2 ni??! Gila ke hapa bukan senang tau hua hua hua!!

Tapi alhamdulilah, setelah 60 hari melakukan misi, aku berjaya kurangkan 6kg dalam tempoh tersebut... Suka tak!! Suka tak!! Mestilah, target berada dalam landasan yang betul kan..

Masa bulan pertama aku mula dengan jenis senaman kardio. Jadi pilihan aku adalah cross tariner dan senaman aerobik. Time tu fuhhh peluh dia berjurai2 dalam masa 30 minit senaman.

 Bilik untuk aku buat senaman atau workout. Aku panggil bilik perah lemak ahahaha!!
Actually ini bilik anak bujang kami, cuma belum setup lagi perabot dalam tu. Jadi dari terbiar kosong baik aku guna untuk buat senaman di dalam ni. 


Cross trainer, aku beli ni tahun 2013. Harga dalam RM2500 after diskaun. Tak rugi beli ni, pelaburan kesihatan di masa akan datang. Ada aku share citer beli benda ni kat sini

Dalam ni aku pasang laptop aku masa zaman student U. Jadi aku download mana2 video senaman yang bagus dalam youtube dan pasang kat laptop ni bila workout. Selain tu, ada map, tali skipping dan dumbell. Map ni aku beli kat Tesco jer, murah dalam Rm30 ++. Tali skipping beli kat kedai sukan di PD, dalam RM12.00 jer. 

 Dumbell ini aku beli kat kedai Fitness Concept di Aeon Seremban 2. Masa tu ada sales sempena hujung tahun dan Krismas. 

 Ada dua jenis dumbell yang aku beli. Satu berat 3 pound. Aku pilih rasa2 ikut berat dan tinggi aku, kalau amik yang ringan2 nanti kang tak jadi apa2 pulak kesan dia. Kui kui kui perasan ler tu. Macam ler aku ni 'gagah' sangat kan. Angkat ni lebih dari 10 kali dah rasa lenguh T_T

Yang ni paling berat, 10 pound. Aku beli untuk husband pakai.
Tapi last2 aku jer yang guna pun. 

Bila dah masuk bulan kedua, baru aku start buat weight traning sambil2 tu support dengan senaman kardio. Sebab aku tak nak hilang kehilangan otot dalam misi turunkan berat badan. Nak kekalkan otot, hilangkan lemak sahaja. 

Waktu aku lakukan senaman adalah pada waktu petang kalau hari aku bekerja.  Hmm dapatlah kejar buat dalam 30 minit sahaja, yelah time tu aku berebut nak masak makan malam dan solat maghrib lagi. Masa mulakan misi ni, anak2 aku dah start cuti sekolah (bulan Nov nak masuk Disember). Jadi dapat balik awal sikit. Sekarang ni anak2 dah masuk sekolah balik, jadi sampai rumah memang lambat. Kadang2 aku tak sempat nak workout waktu petang.

Kalau hari cuti, selepas solat subuh, pukul 7 pagi aku sarapan alas perut sebelum buat workout. Masa ni aku amik 1 jam hingga 1 setengah jam. Balas dendam!! Memang peluh berjurai2 tak hingat. Tapi best! Jadi kalau husband ajak balik kampung atau ke mana2 rasa macam payah sikit je hahaha sebab aku susah dah nak tinggalkan rutin senaman aku ni. Misi kena fokus, baru capai sasaran. 

Nanti aku share video2 yang mana aku follow sepanjang aku buat workout selama, lagipun hari dah petang. Nak amik anak2 balik dari KAFA okey..





Umar dah naik bacaan Al Quran

Alhamdulilah, hari Selasa Umar bagitau lepas balik mengaji. Dia dah naik Al Quran. Kira dah habis peringkat Iqra. Tersengih-sengih dia bagitau. "Ibu suka tak??" Hah yelah mestilah suka dah makin maju progress dia. Kira dah setahun juga budak2 ni mengaji kat situ.

Ustaz pesan suruh bawa Al Quran sendiri. Jadi besok aku pergi cari Al Quran kat PD. Belikan sekali untuk Qaireen. InshaAllah tak lama lagi dia pun akan naik Al Quran. Jadi beli siap2...


Malam semalam, yeah Umar ready dengan Al Quran baru untuk kelas mengaji. 


Semoga Allah terangkan hati anak2 kami dan jadikan mereka anak yang soleh dan solehah. Amin.... 

Jumaat, 5 Januari 2018

Kisah turunkan berat badan : Part 1 - Kelalaian di masa lalu

Hari ni genap dua bulan aku jalankan misi kuruskan badan hahaha. Maknanya dah dua bulan aku berhenti amik gula sintetik dan kurangkan kalori.  Rasa macam dah lama aku tak amik berat pasal berat badan ni. Sebab rasa confident je macam kita ni akan kurus sentiasa. Dan berpegang prinsip, badan berisi menunjukkan kita senang hati, bahagia. Bullshit! Sebenarnya tidak, well your eyes cannot lied to yourself. Bila mana tengok gambar baru kau sedar rupanya kau dah gemuk, dan bila ada sedara mara lama kau tak jumpa kata badan kau dah naik dan  kalau pakai itu ini macam ketat atau dah tak berapa muat eh? Kurus lagi ke macam tu hahaha.

Alkisahnya bila aku balik dari buat pemeriksaan kesihatan di klinik kerajaan pada bulan Oktober lepas, doktor cakap semua bacaan aku termasuk paras gula, kolesterol, kesihatan hati, buah pinggang, tekanan darah dan jantung adalah baik dan normal. Eh? Kalau ok kenapa nak buat misi kuruskan berat badan ni. Sebab aku rasa aku tak fit........

Bila mana aku jalan sejauh 500m dari parking kereta ke Wisma N. Sembilan sampai kat kaunter tertiba aku rasa tercunggap2 atau mengah!! Tak cukup oksigen. Dan aku tersedar aku bukan ada masalah kesihatan, tapi aku ada masalah berat badan. Di mana aku bawa beban berlebihan dalam badan aku.


Ok aku share dulu gambar masa aku lepas dah ada anak dua, ni kira throw back to year 2010.

 Tadaaa. Aku yang dulu bukan lah yang sekarang...
Tahun 2010, umur aku masa ni dah nak masuk 31 tahun. 
Berat aku ideal, 65kg.

Umar Shafiy, anak aku kedua masih ni usia 6 bulan nak masuk 7 bulan.. 

Ni aku bersama ayah dan  barisan mak2 dan pak sedara aku di Batu Pahat. Nasib baek makcik2 aku time ni dah sporting nak amik gambar. Kalau dulu, diorang asyik nak lari jer mengelak dari kamera huhuhu kalah artis bollywood tau.. 

So itu throwback citer 7 tahun lepas, apa citer sekarang yek. Jeng jeng jeng... Tu dia..

Ni masa bulan Mei 2017 yang lepas. Umur aku dah 36 tahun dah..


Dan ini yang gambar terbaru kot yang aku ada, 15 November 2017. 
Jadi aku terus terang sajalah, berat aku masa ni hampir mencecah 79 kg.......
Ya dah hampir 80 kg... T_T
Ketinggian aku 1.67 m. 
Jadi BMI aku adalah 29.43.
 BMI itu status "overweight" dan nak hampir masuk dalam kategori obese. Nangis...

Sorry sebab aku memang takde gambar sendiri. Kalau korang check blog dan FB aku, rasa jarang ada gambar tuan punya blog ni. Takde orang nak amik gambar aku kecuali kadang2 member amik gambar aku termasuk sekali dan diorang tag nama aku. Time gambar atas tu aku dah start misi turunkan berat badan dalam seminggu, jadi mula hilang dalam 500 gram shj. Jadi ikut sebelum ni memang dah cecah 80kg pun.

Apakah punca aku jadi gemuk?

1. Pil Perancang a.k.a pil hormon.

Saja aku share gambar masa lama time anak aku usia 6 bulan di atas. Sebab lepas sebulan tu, aku dah start amik perancang keluarga. Jadi aku amik pil hormon seperti yang dicadangkan di klinik kerajaan di Kuching tempat yang aku dirujukkan. Dan aku tahu, nurse dah jelaskan peratusan besar berat badan aku akan naik tersebabkan perubahan hormon nanti. Jadi aku dah pun makan berkotak2 dah pil horman ni dalam masa tujuh tahun yek. Tujuh tahun! Daebak!!


2. Amalan minumam pek segera 3+1 

Aku rajin minum benda alah ni. Yang paling banyak aku telan ialah Old Town White Coffee. Kenapa minum benda ni, sebab aku pengemar tegar kopi. Dari zaman aku belajar lagi. Dari kecik mak ayah aku pun bancuh minum kopi, tak main kitorang minum teh2 ni. Tapi terus terang aku cakap aku sebenarnya tak mampu nak minum kat kopitiam dia tu  keh keh. Apatah lagi jenama yang antarabangsat macam "Starbak", "Cofee Mr Bean" dan yang sewaktunya dengannya. Mahal dowh. 

Jadi nak jimat beli je pek instant. Nanti bancuh, nak panas ke atau sejuk letak ais ketui2 dalam tu, perghhhh marvelous!! Lagi jimat dan murah kan kan kan...

Ni kata less sugar. 

Ni yang feberet aku, banyak dah aku telan type hazelnut. 

Tapi  minuman instant ni  yang paling bahaya wooo, sebab dia ada krimer yang mengandungi lemak transfat (bukan dari produk tenusu), lepas tu ada gula sintetik macam sukrosa, fukrosa. Dalam tu ada banyak sudu gula, tu yang sedap.  Bayangkan berapa banyak pek aku dah telan bertahun2. Ooo lalainya aku ni. 

3. Tidak bersenam/ work out.

Aku hampir tidak bersenam atau exercise untuk jangka masa lama selepas kahwin. Aku memang atlit pun dari sekolah rendah lagi. Kebanyakkan aku masuk dalam acara balapan -merentas desa, 100m, 200m, 400m, lompat jauh, lari berganti2 apa saja lah sukan aku masuk sampai wakil peringkat MSSD. Gila kuasa kan! hahaha. 

Sukan bola jaring seawal darjah lima aku dah masuk untuk wakil sekolah di Muar dulu. Jadi koleksi piala memang banyak aku kumpul hampir 50, tersusun aku letak kat almari buku aku. Tapi sedih bila aku keluar rumah sebab dah kerja di Kedah, bapak aku dah buang piala2 tu. Dia simpan dalam kotak sebab banyak habuk dan tikus pulak beranak dalam kotak tu. Nangis dalam hati jelah. 

Beli kasut tahun lepas, azam nak jogging bagi fit tapi azam tu terkubur. 

Pernah juga semangat bersenam dengan berjogging di taman tasik sebelum ni, tapi susah jugak. Bayangkan nak layan anak2 kejutkan pagi2 untuk mandi. Bila nak lari pun cuaca start panas dah. Anak2 pulak merungut nak jalan rasa penat. Aku lari dalam 2 pusingan lepas tu terpaksa berhenti tengok anak yang kecil pulak takut main dekat kolam tasik. Jadi tak berpeluh pun nak fit. Last2 aku give up. 

Jadi kalau isteri atau ibu anda nak exercise, give her a great support okay!! Bagi diorang sayang diri sendiri dulu sebelum sayang orang2 lain. 

3. Makan lebih dari sepatutnya. 

Ni namanya terlebih kalori. Percayalah kau tak perlukan kalori banyak jika tak de niat untuk digunakan tapi kau nak simpan sahaja. Kalori yang ada perlu dibakar untuk jadi tenaga, jika tidak ianya akan disimpan untuk jadi fat atau lemak. Aku tak kuat makan pun, cuma mungkin aku makan berlebihan dari keperluan tenaga yang sepatutnya aku optimun gunakan. Dan mungkin permakanan lebih kepada bergoreng dan berlemak. Makanan yang bergula tinggi.

All about food!! 

Jika tengok IG aku banyak juga aku cuba resipi itu ini. Kononnya nak terer masak ler. Sudahnya terlebih kalori, hei walaupun terlebih 200 hingga 300 kalori sehari, dalam seminggu dah berapa banyak kau kumpul kan?! Ni tak campur lagi dengan minum air manis macam nescafe tariklah, sirap limau lah, abc atau cendol. Hua hua hua!!

Dan perlu nyatakan di sini aku memang dah forbidden makan makanan fast food since hujung tahun 2014 macam McD,  Pizza Hut, KFC atau serangkaian dengannya. Nugget dan sosej pun aku tak makan, atau belikan untuk anak2. Makanan yang mengandungi transfat dah lama aku tinggalkan bertahun2. Jadi cuba bayangkan aku yang tak makan sangat fast food pun boleh overweight, kalau aku makan benda2 tu jadi apa agaknya??!! AllahuAkbar.....

Nantikan sambungan part 2.....

Ada sebab2 yang lain juga, tapi faktor utama adalah empat di atas. Ni kajian atas diri aku, aku yang rasa. Aku yang alami. Orang lain aku tak taulah. Nanti part seterusnya aku sambung selepas ni. Pasal senmaan workout dan penjagaan makanan. 

Cuma aku nak pesan, sayang diri korang dulu sebelum sayangkan orang lain. Kesihatan kau sangat penting demi hari ini dan masa yang mendatang... 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...