Pages

Jumaat, 26 Januari 2018

Ayam Grill Cajun.

Disebabkan dalam peti ais ada stok ayam drumstick, aku tetiba teringin nak makan ayam bakar. Yalah since dah nak elakkan makan makanan bergoreng aku nak perap buat ayam bakar lah.

Resipi mudah, guna rempah cajun. Tabur lumurkan rata2 pada daging ayam ni. Aku tambah sedkit serbuk praprika (ikutkan dalam cajun tu memang ada campuran praprika.). Tuang dan lumurkan  sedikit minyak jagung. Taburkan sedikit garam secukup rasa. KAlau korang nak spicy lagi tambah serbuk cili.

Perap daging tu selama 30 minit. Tapi aku tak sempat nak tunggu lama2 sebab nanti lewat nak makan malam. Lepas tu tutup dengan alumnium foil, bakar dengan suhu 180 degree selama 45 minit. 

Nanti dah bakar, keluarkan dan bukak aluminium foil. Bakar sekali lagi 10 minit dengan ayam terdedah dari aluminium foil macam gambar bawah ni.


Tadaaa, siap. 

Nyum nyum nyum...






Alhamdulilah.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...