Pages

Rabu, 24 Januari 2018

Jadi Ahli Genius dalam Booking.com

Aku kalau tempah hotel memang akan guna platform booking.com. Bagi website ni senang aku nak pilih mana2 hotel yang menawarkan harga berpatutan berbanding website yang lain. Kadang2 aku guna juga Agoda.com. Tapi lebih prefer guna Booking.com sebab dia bagi tawaran untuk ahli genius jika kita kerap guna tempahan melalui website dia.


Dari tahun lepas aku guna adalah dalam 4 kali tempah hotel atau resort jika bercuti dengan keluarga. Tapi dia nak lima kali baru aku didaftar jadi ahli genius. Apa untung jadi ahli genius? OO dia bagi potongan diskaun harga kaw2 punya di sesetengah hotel.

Hari ni aku bukak email rupanya aku dah jadi ahli genius!! Aik kata belum cukup lima lagi tempahan, tapi dah diorang nak bagi aku sapu jelah kan. Mungkin sebab baru2 ni aku tempah untuk bercuti di Bayou Lagoon Resort Melaka kat booking.com dapatlah dalm RM700++, tapi bila compare dekat Agoda.com lagi murah pulak RM655.00. Adalah dalam beza hampir RM80.00. Jadi aku batalkan tempahan kat booking.com, ambil kat Agoda pulak..



Bila dapat email ini dalam seminggu lepas aku rasa maybe Booking.com ni tak nak kehilangan pelanggan tetap kot ahaha!!

Lepas tu aku saja bukak booking.com dan cuba tempah hotel yang sama pada hari yang sama. Kali ni sebagai ahli Genius lah kononnya wahkakaka.  Bila tengok alamak, jauh beza pulak dari harga kat Agoda.com huhuhuhu T_T




Tempahan apartment 3 bilik di Bayou Lagoon Resort di Booking.com. Kau rasa??!! 
Huwaaaaa...... Itu kalau dah campur sekali surcaj dan GST total RM 522.00 sahaja. Oklah untuk waktu weekend kan. 

Menyesal aku tak bukak email tu minggu lepas. Kalau tak boleh cancel je kat Agoda dan amik kat Booking.com (maklumlah kita dah jadi ahli Genius kan kan kan!!) Nak batal kat Agoda kena penalti pulak sebab dah lambat tarikh untuk pembatalan. Hmm redha jelah. Lepas aku tetap setia bersama booking.com ahaha!!

Genius beb T_T



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...