Pages

Isnin, 5 Februari 2018

Bercuti hujung minggu di Bayou Lagoon Resort Melaka - Day 1

Mak plan nak makan kat Medan Ikan Bakar di Melaka. Kalau nak pergi balik hari rasa penat juga. Jadi mak mintak aku cari satu tempat untuk menginap semalam, nak bagi satu keluarga rehat2. Aku check lah homestay merata2 sekitar di Melaka, tapi bila fikir balik homestay ni takde swimming pool. Yela, budak2 kan ramai, tak syoik kalau takde kolam untuk diorang nak main air kan. 

Jadi nak bagi budak2 puas main air, aku check resort mana yang ada taman tema air ni... Bayou Lagoon dan Gold Coast Melaka. Sebelah menyebelah jer dua2 taman tema ni. Dekat je dengan Bukit Katil jadi senang nak ke medan ikan bakar sekitar Umbai atau Serkam. Pilih2, akhirnya aku pilih Bayou Lagoon Resort.

Dah tempah awal, 27 haribulan Januari tengahari tu kitorang bergerak ke Melaka. Mak ayah dan Helmy bertolak dari Batu Pahat. Family abang aku pulak gerak awal dari Bandar Kajang. Sampai kat tol Air Keroh jam 1.00 tengahari. Memang cun2 semua sampai serentak dan kumpul kat stesen minyak Petronas. Dah tengahari apalagi carilah tempat makan tengahari kat sekitar Air Keroh jer. Kami makan asam pedas jer. Lapar tak sempat nak snap gambar. 

Pukul 3 petang baru check in kat Bayou Lagoon Resort, aku amik apartment 3 bilik.
Oklah laju juga, tak payah beratur. Amik no, tunggu je kat kerusi nanti nombor kita dipanggil.


Pak Su sibuk layan anak2 buah sementara tunggu aku check in bilik. 

Qaireen sibuk bagitau dalam peta ni ada hotel yang kita duduk masa cuti Merdeka. 
Hotel Shore and Residents. Takpe kali kita tak duduk kat tengah bandar Melaka, duduk pinggir bandar jer, senang nak makan malam kat Umbai. 

 Masa dapat kunci nak masuk bilik dekat dua kali salah unit hahaha. Salah bilik dan salah tingkat. Adoiii lawak. Ni bilik master bedroom. Ada bilik air dalamnya.

Kat luar balkoni boleh dapat view taman tema air dia. 

Bilik tidur yang kedua. 

Ilhan good boy, duduk diam je tengok tv. maklumlah tempat baru kan dia tak biasa confirm akan duduk diam2 :)

Pantry dalam apartment, meja makan dia bagi empat kerusi jer :(

Bilik tidur yang ketiga. Bilik air ada satu lagi di luar. Jadi aparment ni ada 3 bilik tidur, 2 bilik air. 
Cukuplah untuk kami seramai tujuh orang dewasa dan lima kanak2.. Kata anak buat aku, Afiq hotel dia takde lah gempak sangat macam kat Hotel Shore. Itu kata2 jujur seorang kanak2 kan :)

Dah dapat bilik apalagi, terus tukar baju untuk mandi kolam pulak. Budak2 ni tak sabar hehehe. Lepas solat Asar adik aku bawa turun budak2 mandi dulu.  Sebab dah check in hotek, dapat tiket free include sekali dengan pakej untuk hari ini dan esok. 



Budak2 excited berenang... 
Menyelam, berenang, main slides. Tak berhenti2 turun naik turun naik.

Umar pulak tak berani main slides. Dia main dekat kolam yang cetek dan banyak ikut aku sebab nak layan Ilhan mandi. 

Sekitar kolam kanak2, meriah jugak. 

Ala2 Running Man, cabaran dalam air. 

Bayar RM10.00 untuk lima belas minit main dalam bola ni. Paling ramai masuk dalam 3 orang sahaja. 

Pusing2 main benda alah ni, boleh pening dibuatnyer. Beberapa kali Afiq terkeluar dari bola ni hahaha. Tergolek2 dalam tu tau. 

Ilhan mandi dalam 15 minit jer, lepas tu mengigil2 badan. Terus tak nak mandi. Atuk dan Uwan yang tolong panaskan badan dia. Last2 dia boleh tertidur lepas tu. 

Kitorang naik dari kolam jam 7.00 petang lepas boyan dia berbunyi beberapa kali tanda kolam nak tutup, keh keh keh. Kalau tak, tak gerak2 naik masih lagi nak berendam sampai kecut!! Lepas mandi solat magrib, baru gerak ke Umbai nak makan ikan bakar. Tempat biasa kitorang pergi ialah Umbai Grill Fish. Aku ada citer dulu kat sini

Dah pilih ikan, sotong, udang, ketam, kepah dan pepahat. Tunggu turn diorang masak pulak.

Layan si kecik ni main kete mainan jap. 

Kali ni order pepahat pulak, masak sambal. Tak pernah makan. Rasa macam makan kupang jer. Ada rasa berpasir sikit. Oklah kalau nak cuba. 

Udang goreng butter. Tapi aku prefer kalau buat sambal, pedas2 sikit. Kureng sikit makan benda lemak manis nih ngeh ngeh ngeh. 

Ikan siakap bakar. 
Yang lain tak sempat amik gambar, dah lapor nak makan.
Ketam masak tiga rasa. 
Sup kepah. 
Udang goreng sotong. 
Semua makanan buat dua hidangan. 
Nasi lemak 20 bungkus. 
Air fresh oren dan sirap 2 jug. 

Kali ni datang mak ayah pilih duduk bersila pulak. 
Ok tapi lenguh juga duduk bersila lama2 hehehe

Umar sempat selfie lagi. 

Budak2 zaman sekarang bukan main sibuk nak selfie ye. 

Settle makan, bayar bil anggaran belanja makan semua RM350.00. Lepas tu balik resort, solat isyak, rehat dan tidur. Letih wooo main air. ZZzzzz

Sambung for next day...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...