Isnin, 5 Februari 2018

Bercuti hujung minggu di Bayou Lagoon Resort Melaka - Day 2

Bangun pagi, pukul 8 pagi bawak anak-anak termasuk anak sedara turun bawah sarapan. Tak mandi pun hehehe sebab lepas ni nak mandi kolam lagi. Sampai dewan makan, mak aiii ramai giler. Nak cari tempat duduk pun susah, nasib baik ada family tu sudi bagi tumpang makn semeja dengan diorang.

Tapi cakap betul, sarapan kat Bayou Lagoon agak kecewa sedikit ceh ceh ceh. Aku rasa makan sarapan kat kantin politeknik lagi banyak variety dan masakan. Ko bayangkan mihun goreng je kosong jer, lepas tu takde sambal tumis. Bagi sosej dan kacang panggang sahaja. Nasi kunyit pagi2 apahal lak pulak hotel ni bagi untuk sarapan??! Alahai...

Budak2 ni amik tapi makan dua tiga suap. Lepas tu tak mau dah. Tak sedap...  Aku telan jer hehehe. Takpelah sebab sarapan pun siap sekali pakej dengan hotel ni. kalau tau aku cari sarapan kat luar pagi2 macam duduk kat Shore Hotel aritu. Lepas makan baru mandi kolam pulak. 

 Tengok Ilhan, tengah fikir nak terjun ke tak... 

 Hehehe sejuklah bu... Qaireen pun nak terjun teragak2.. 

Ok Ilhan masih fikir lagi nak terjun ke tak hehehe!??

Adam memang terer bab berenang ni. Budak yang suka bersukan tak takut apa cabaran kan. 

Umar praktikan apa yang dia dah belajar dalam kelas renang masa cuti sekolah aritu. 

 Gigih dia belajar berenang, ayunkan kaki. baguslah nampak progress dia, tak takut lagi nak mandi kolam.

 Alamak ayah nak tenggelam, Ilhan help help!! Sambut ayah hehehehe

 Punya takut Ilhan dengan air. Paut kuat2 kepala ayah dia huhuhu!!

 Puas mandi kat swimming pool, tukar ke kolam mainan kanak2 pulak. 

Ilhan tak rendam dalam air, dah sejuk sangat. Nak main kat air yg cetek jer. 


 Main kat kolam kanak2, kamera dah blur sekejap sebab sejuk.

 Paw Pak Su nak suruh belanja naik bola tu lagi. Nasib baik Pak Su mood ok, nak belanja sekali lagi.
Terus berlari nak naik bola tu. 

 Uwan dan atuk baru lepas sarapan, turun join sekali tengok cucu2 dia main air. 

 Ilhan malu2 pulak nak main air. 

 Tak mau main air dah, nak duduk dukung je dengan uwan. Sejuk bebenor air agaknyer.

 Lepas tu aku pun turun dekat kolam mandi, nak berenang sekejap. Sementara Ilhan pun dah main dengan uwan dan atuk dia. 

Ok nak test kamera ni, amik gambar dalam air. 

 Fuhhh bukan senang nak tangkap gambar ni, berkali2 selam dalam air kolam ni ahahaha.

 Mummy shark dud dud dudd duudd.....

 Daddy shark dud dud duud dudd ....

Baby shark dud dud duud duddd......

 
Naik slide putar putar berpusing2 kita dibuatnyer syiok betoi... 

Terjun kolam guna slide. 

 Layan memanah pulak, ayah nak cuba memanah. 

Mandi punya mandi sedar2 jam dah 11.45 pagi dah, alamak jam lagi nak 12.00 tengahari. nak kena check out jap lagi ahaha leka main air tak sedar dah nak tengahari. Patutlah orang dah makin kurang. Jadi kitorang pun naik dan betul nak amsuk bilik je kad tak boleh acess. Terpaksa ler husband turun untuk renew kad. Kesejukkan masing2 tunggu kat luar apartment hehehe.

Checkout dalam 12.30 hari, kami singgah makan tengahari dulu sebelum bertolak balik ke tempat masing2. Apa2 pun, kata budak2 ni tempat mandi dia memang GEMPAQ!!! Best wei!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...