Pages

Selasa, 27 Mac 2018

Mengajar di Taska Ilhan

Taska Ilhan ni terletak dalam politeknik, dekat depan bangunan opis aku jer. Dalam tahun ni, teacher dah keluarkan jadual untuk ibu2 anak taska untuk bagi kerjasama program penglibatan keluarga dalam aktiviti taska. 

progrαм penglιвαтαn ιвυ вαpα-
"pαrenтѕ ιnvolмenт progrαм"

rυleѕ:
#pαrenтѕ cαn cнooѕe one тopιc тнαт вegιn.

#тιмe: 
9.30αм-10.30αм
11.00αм-11.30αм
4.30pм-5.30pм.

#pαrenтѕ cαn υѕe yoυr oωn creαтιvιтy тo condυcт тнe groυp,αnd тeαcнer ωιll нelp αnd gυιded pαrenтѕ dυrιng тнe αcтιvιтy.

#cerтιғιcαnт ωιll gιve dυrιng тнe Grαdυαтιon Dαy.

тopιcѕ:
*lαngυαge dev
*ѕenѕory αnd nαтυre dev
*pнyѕιcαl dev
*creαтιvιтy αnd мυѕιc dev
*pre мαтн αnd logιcαl тнιnĸιng dev
*ѕocιαl αnd eмoтιon dev

Jadi turn aku kena pada 16 Mac 2018. Actually awal lagi bulan 2, tapi aku lupa. Cepat2 aku mintak postponed sebab terlibat dengan projek pelajar. So hujung minggu tu apalagi, pergilah ke Mydin dan kedai DIY cari barang2 untuk buat aktiviti dengan anak taska. Kadboard, kertas warna, penyepit baju, gam UHU dan lain2 semua beli kat situ. 

Hasil kerja tangan sendiri tau...
Tema aktiviti aku pilih " Fun of Colours". Cari idea kat Pinterest sebenarnya. Malam tu kerja akulah  mengunting dan menampal kertas2 warna ni. 


Aku pecahkan kepada 3 aktiviti. Pertama- Know the colours. Kedua - Match the colour. Dan yang ketiga - Sorting the colours. 

So aktiviti pertama- know the colours. Gigih juga ler melukis dan menampal gambar buah2an tu. 
Jadi bila mengajar anak2 mengenal warna ni, intonasi suara dan mimik muka kena berubah ler. Bukan mengajar budak politeknik yang dah besar2 tu. Kita nak ajar budak umur 2 tahun hingga 4 tahun ni... kui kui kuii

 Mangajar anak2 kecil memang menyeronokkan walau pun nervous sebab takut budak tak paham apa kita nak bagitau huhuhu. Mujur anak2 ni understanding. Ilhan yang pakai baju hijau duduk kat tengah2 tu, tercengang2 tengok aku duduk kat depan tu. Pelik apa ibu buat kat taska dia ye hehehe.

 Alhamdulilah, anak2 bagi respon yang baik sekali. Mula2 diorang malu sikit yela tak biasa dengan cikgu baru ni hahahah.

 Aktiviti yang kedua pula, match the colours!!

 Tahap umur kanak2 baru nak mengenal warna, jika mereka teragak2 jangan paksa. 

 Biar mereka amik masa sedikit mengenal warna yang betul untuk dipadankan.. 

 Aktiviti yang ketiga, sorting the colour. 

 Buat cawan berwarna, dan susun di hadapan mereka.

 Keluarkan stick (kayu yang berwarna), kenalkan mereka setiap warna2 yang ada pada stick tersebut. 
Stick ni ada jual kat kedai DIY.

 nanti bagi anak2 asingkan ikut warna cawan tu. Masukkan stick dalam cawan2 yang berwarna tersebut. 

 Yeah pandai!!

 Ok, stick warna kuning masuk dalam cawan kuning ya nak...

 Ok selesai dah aktiviti pagi tu. 
Sesi bergambar ramai2 dengan anak playschool. 
masa diambil adalah dalam 40 minit. 

Hopefully anak2 enjoy pembelajaran pagi tu, ahaks...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...