Pages

Jumaat, 6 April 2018

Percutian ke Pulau Pangkor - Day 1

Dah plan awal dua bulan, cuti sekolah nanti, 19 sampai 21 Mac nak buat trip keluarga ke Pulau Pangkor. Jadi family aku, family Ady termasuk ayah, mak dan Helmy akan pergi saing sekali. Hotel semua dah tempat siap2 tempah kat Booking.com. 

Keluarga aku bertolak dari Seremban jam 7.45pagi. Target nak jumpa ady, mak ayah semuanya kat RnR Dengkil Elite jam 8.30 pagi. Jadi kira dalam jam 3.00 petang kita akan sampai di jeti Marina untuk naik feri. Jadi setakat pagi tu apa yang dirancangkan memang mengikut plan. Lepas jumpa sarapan, kitorang pun bertolak ke Perak.

Kat NKVE, tetiba aircond kete keluar asap gas. Lepas tu tak sejuk. Aisey... Budak2 tengah tidur. Cuma Umar cakap kenapa tetiba rasa panas. Jam masa tu pukul 10 lebih. Jadi pikir jalan masih jauh, kesian kat budak2 kita ubah plan. Kitorang keluar di Rawang. Pindahkan budak2 ni naik kete ayah dan Ady. Aku suruh diorang gerak dulu. Jadi misi aku dan husband cari bengkel aircond area Rawang untuk buat troubleshoot pasal ekon ni huhuhu. 


Setelah abiskan dua jam dan pergi dua bengkel nampaknya memang ekon tak boleh baiki kerana perlu amik masa lama. Kena bukak semua untuk check. Jadi nak kejar feri kenalah kita teruskan juga perjalanan tanpa ekon. Nanti balik Taiping baru cari bengkel ekon sana. 

Kitorang masuk higway balik. So apalagi husband pun pecut ler nak kejar masa, kalau boleh nak saing sekali dengan family lain. Jam 12 tengahari panas lit lit, MashaAllah. Macam sauna dalam kereta. Minum air masak sampai abis dah semua botol. Keluar kat Sungkai, ikut jalan biasa.. 

 Kat bandar Setiawan, jem pulak. Jam 2.00 petang panas membahang berjurai2 peluh huhuhu. ... Sabar jelah, mujur anak2 tak naik kereta ni. Syukurlah....T_T

 Ady wasap dah samapi jeti MArina. Nak makan dulu. Oklah sebab diorang dah selamat sampai. Aku pesan lepas makan, teruskan ke Pulau Pangkor saja kalau kami tak sampai lagi. 

Anak2 dengan sepupu mereka, cuti ni ler nak bergembira dari penat rutin ke sekolah kan... 
Untung ler budak2 ni dapat bercuti sebab Pak Usu belanja ek hehehe. 

Sampai kat jeti dalam 3.30 petang fuh, memang kitorang pecut. Tak singgah mana2 kedai pun nak makan atau minum. Sampai, parking kete, angkut beg cepat2 terus beli tiket. Masa ni aku call, tanya diorang kat mana?? Baru nak naik feri. Oooo lega, kira kita dapat saing sekali naik feri sama. 



Yeay, jumpa balik budak2 ni. 

Husband dah letih, minum air sebab dehidrat kepanasan dalam kete tadi. 

Aiiik dah sampai dah??! Baguslah tak kuasa duduk dalam feri lama2. Ikut Jeti Marina lagi cepat dari jeti Lumut weii. Cepat giler. Tak sampai 20 minit lah. 

Sampai sana, terus amik van teksi. Warna pink gitew!! Tak berubah juga Pangkor dari last aku datang tahun 2004 sebab kursus induksi. Kitorang naik semua sekali dalam satu van. Muaaat tau!! Terus kita menuju Anjungan Beach Resort and Spa Teluk Nipah. 

Akhirnya sampai juga di sini, dalam 4.30 petang. Check in bilik masing2... adui penat tak abis lagi. Bila sampai sini rasa lega sangat... Tenang, damai dan bersih Anjungan Beach Resort and Spa ni. Terbaekkkk!!

Triple bedroom.

Aku dan ady amik bilik triple- satu katil single dan satu katil king. Mak, ayah dan Emy duduk dalam Family room. Macam dua tingkat, atas ada loteng. Satu katil king size. Atas loteng dia ada dua katil single. Umar sibuk nak tidur kat bilik wan adui2.. 

Dua katil single dalam family room. Di atas loteng. 

Dan katil king size di bawahnya.. Gambar dari www.anjunganresortpangkor.com

Budak2 ni sampai apalagi sibuk nak tukar baju mandi. Terus berdeburrrrr. Terjun dalam kolam ahaha!! Tak sabar dah. 

Lepas solat, aku tukar baju Ilhan bagi Jacket Life untuk keselamatan dia. 

Umar layan Ilhan, aku dah kelaparan. tak makan lagi dari tengahari. 
Budak2 ni mandi kat kolam, lepas tu ajak pergi ke pantai pulak. 

 Nak main pasir. Bersih pantai dia, kena jalan ke depan sikit. Jauh dari kedai2 makan kat area Teluk Nipah. 

Masa ni aku mintak tolong mak dan kak ipar tengokkan budak2 ni, aku dan husband nak pergi cari makan jap. Huhu kelaparan. 

Jadi jalan2 merayap kat area kedai2 makan di Teluk Nipah. Untuk resort ni dekat sangat dengan kedai2 makan. Kitorang makan char kiew tiew sambil menghadap pantai kui3... kira dating ler. Padahal hari2 kerja pun makan berdua jugak. 

Lepas makan aku pergi satu kedai ke satu kedai. Cari makan malam lah. Tak kira aku kena tempah makan malam siap2 untuk semua family aku. Jumpa satu kedai ni, order makan nak lauk apa, berapa hidangan, air apa dan bilangan orang yg makan. Nanti pukul 8.30 pm kami datang tau2 terus makan yek. Kira siap2 masak lah kan. Bayar deposit kat kaunter dia.   Sorry takde gambar sebab petang tu kamera dan hanphone aku dah abis bateri dah..

Malam tu lepas sembahyang terus keluar pergi kedai makan. Dekat jer, 200 meter dari resort. Duduk kat kerusi, tengok keliling boleh tahan orang ramai dah datang dan order makanan. 

Tadaaaa, dalam 10 minit satu2 lauk diorang hidangkan. Ada tomyam campur, kailan ikan masin, paprik, kerang bakar, sotong goreng tepung, sambal udang dan ketam goreng cili. Buat dua hidangan. 

Emak suka betul makan kerang bakar dia. 

Siakap masak sweet sour. 

Dalam setengah jam baru makan semua hidangan. Satu2 diorang keluarkan. Aku tengok muka ketat juga pelanggan lain kena tunggu. Ada bising sebab nasi dah abis tapi lauk lain tak sampai lagi. Adui tak nak tunggu, pasai tu ler aku order siap2 petang tadi. Confirm lambat punya kalau baru nak order pilih makanan. 

Dah sudah makan, kita jejalan pulak tengok kedai2 kat Teluk Nipah ni, meriah betul malam2. Penuh pengunjung jalan2 sana sini termasuk penduduk Pangkor. Aku ada upload video kat IG aku, siap ada busker nyanyi tepi jalan.

Banyak ler cenderamata diaorang jual kat kedai2 Teluk Nipah ni. Baju T-shirt, seluar mandi. Macam2 lah. 

Dah puas jalan2,  dalam jam 10 dah masuk resort balik. Lepak-lepak dengan mak kat depan swimming pool resort, sambil makan jagung. 

Ilhan tak mengantuk lagi, mungkin dah tidur dalam perjalanan ke sini. Ibu dan ayah je yang penat dan mengantuk huhuhu.

Swimming pool resort tutup pukul 10.00 malam. Memang tutup lambat sebab banyak pelanggan nak mandi waktu malam katanya ahaha. Malam2 masuk tidurlah bagus ahaha. Sambung aktiviti besok pagi pulak. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...