Pages

Isnin, 21 Mei 2018

Hari mengundi PRU14

Dah 13 hari berlalu, baru nak update pasal PRU14 kat dalam blog. Macam biasa aku dan suami dah laksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. Memandangkan kami sudah menetap di Negeri Sembilan, maka kitorang pun buat keputusan untuk daftar undi kawasan Bandar Sri Sendayan.

Sebab nak peluang dua2 menjalankan tanggungjawab mengundi, kalau harap sorang nak balik Johor sorang nak balik Perak jenuhlah. 

Hari Rabu, 9 Mei 2018 jam pukul 8 pagi aku dan husband dah ke tempat buang undi. Awalnya! Ahaks. Semangat! Semangat!!

Ada juga yang datang awal. Senang settle awal jadi boleh buat perkara lain. Kebetulan hari tu memang dijadikan cuti umum, anak2 pun tak bersekolah. 

Kitorang buang undi kat Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sendayan. Dekat je, tak sampai 10 minit pun. 

Anak2 tak boleh masuk, jadi aku pergi mengundi dulu. Husband jagakan kejap. Saluran dua, dah ada orang beratur tapi barisan tak panjang.

Dap dap dap. Menunggu jelah. Lepas mengundi aku dapatkan anak2. Husband pulak beratur untuk mengundi. 

Jari dah celup dakwat, tapi tak merah. Tunggu lepas 5 jam, confirm gelap pekat jadinya ahahaha!!

So malam aku dan husband menunggu keputusan PRU14. Sampai jam 3.30 pagi, giler!! Tak pernah lewat macam ni. Sebabnya Pakatan Harapan menang besar dalam PRU14 ini. Negeri Sembilan pun bertukar kerajaan Negeri. Tiada lagi legasi Tok Mat yang tersohor di kalangan orang nogeri ni.. Dan  Tun Mahathir sekali lagi dilantik menjadi Perdana MEnteri yang ke-tujuh. 



Dua hari selepas PRU14, majlis angkat sumpah Perdana Menteri kita, Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Tak sangka dapat lagi rasa era kepimpinan Tun Dr Mahathir yek. Aku lahir je Tun Mahathir dah jadi PM masa tahun 1981. Sampailah aku kerja hari ni, dapatlah merasa pemerintahan tiga Perdana Menteri yang berlainan. Kali ni anak2 pulak merasa kepimpinan Mantan Perdana Menteri yang ke Empat ni sekali lagi. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...