Pages

Jumaat, 29 Jun 2018

Makan Pau Yik Mun

Hari on da way kami balik beraya di Perak, tetiba husband ajak makan kat restorant anak Mamat Khalid di Tanjung Malim. Aku 'on' je hehehe cuma rasa macam tak bukak je lagi maklumlah rayakan. Orang Melayu raya sebulan, confirm kedai tak bukak lagi.

Memang betul sekali keluar exit tol Tanjung Malim, dekat jer kedai dia masih tutup lagi.

Picture dari http://eatdrinkkl.blogspot.com

Kami tak mau makan kat Ipoh leceh nanti sesak kat bandar besar. Jadi kalau boleh makan kat sini juga. Apalagi cari kedai Pau Yik Mun lah. Pau Tanjung Malim. Dah tengok banyak kali pasal pau yik mun ni, dalam Warung Kita dan Mat Dan Kaki Jalan. 

Picture dari http://eatdrinkkl.blogspot.com.
Aku tak sempat nak snap gambar kedai dia, pinjam gambar dari atas ni jer.

Tu dia pau tanjung malim atau pau Yik Mun. 
Amik inti kacang. 

Mak aii lembut gebu gebasss ko!!
inti dia sedap, tak manis pun. Terbaik. Makan panas2 beb!!

Mr Husband order kiew tiew goreng. Sekali datang selambak, mak aii makan utk dua orang. Banyak!!

Aku punya order pulak, nasi goreng Hainan. 
Banyak betul, semput nak abiskan T_T
Abis aku suapkan kat mulut anak2. Bagi perabih.. 

Tiup2 bagi sejuk sikit. 

Qaireen menanti bihun sup dia. Disebabkan waktu hari raya, punyalah ramai manusia di dalam kedai dia. Nak duduk pun penuh, mujur ada ruang meja kosong share dengan orang lain. Bihun sup Qaireen datang last sekali lepas kitorang dah abis makan. Jadi tak makan, mintak dia tapau. 


Kopi dia best, kena paw dengan Umar. Dia yang perabiskan separuh. Umar dan Ilhan makan french fries saja sebab aku dan husband suapkan makanan kami bagi diorang makan kenyang2.


Jadi total makan semua sekali adalah dalam RM56.00. Lepas makan kita terus gerak ke Taiping tak singgah mana2 lagi dah. Terus ke destinasti dituju dengan perut yang kekenyangan. 






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...