Pages

Khamis, 28 Jun 2018

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2018 , 1439 Hijrah

Dah dua minggu hari raya berlalu, baru aku nak update kat blog ni. Sebulan puasa, sebulan jugalah blog ni puasa takde posting apa2 hahaha. Jadi tahun kami beraya di Batu Pahat, Johor. Memandangkan cuti sekolah lama selama dua minggu maka kita pun plan akan balik kedua- dua kampung dalam cuti tersebut.. 


Gambar hari raya pertama di Johor, dengan mak dan ayah. 

Raya pertama memang tak beraya pun, sebab sibuk layan tetamu dan sedara mara datang umanh mak dan ayah. Raya kedua pun gitew, aku sibuk masak mee kari untuk orang datang nak beraya. Sampai Qaireen pun tanya bila kita nak keluar beraya. Last2 Umar pagi2 hilang dah nak ikut Pak Long dia beraya rumah sedara2 besan dia di Kampung Batu Putih. Tunggu mak dan ayah lambat benar nak keluar beraya. 

Akhirnya petang raya kedua, baru dapat keluar berjalan raya rumah makcik pakcik di sekitar Batu Pahat. BAru betul2 raya ni. 

Beraya kat rumah sepupu kat Kg. Pt. Bengkok.

Budak2 ni nampak parit je teruja sebab nak tangkap ikan. 

Nasib baik beraya, kalau tak dah turun parit tu cari ikan. 

Raya ketiga kami balik ke Seremban pulak. Pagi2 besok raya keempat kami bertolak balik ke Perak pulak. Jalan clear, lancar takde jem punya. Kat lebuhraya tetiba Umar nampak macam ada guning berapi baru meletus kat Perak?!! Hehehe tak lah, kebetulan nampak macam tu excited nak ambil gambar :)

Kat sana beraya lah kami ke rumah sedara mara sebelah husband. Ramai juga pakcik makcik sedara husband dah uzur, jadi kita ziarah mereka masa raya ni.

Kat sana sehari sebelum balik, adik-beradik pakat nak bakar lemang sekali lagi. 
Apalagi pakat2 kongsi beli beras pulut, santan, cari buluh. Setkan api semua pakat tolong menolong adik beradik. Lepas Zuhur boleh start buat dan bakar lemang. 

Excited en Husband dapat juga merasa lemang bakar kat kampung sendiri hehehe. 

Diorang ni buat camping ker??

Setup tempat bakar lemang. 

Mujur bukan bulan puasa lagi ye, kalau tak confirm budak2 ni mengadu penatlah, hauslah, panaslah. 

Si kecik ni teruja nak tengok ayah bakar lemang. Tahun lepas, kecik lagi duduk dalam rumah jer. Lah ni, ligan berlari merayap sana sini. Aku juga jenuh nak kejar kepung dia dari main kat jalan dan dekat dengan api huhuhu.


Yeah. Siap dah bakar. makan cicah dengan rendang. 

Raya ketujuh barulah gerak balik ke Seremban semula. Mak dah ayah sampai umah malam tu. Nak beraya keluarga sebelah mak di Banting pulak. So hujung minggu ke kita Banting pulak raya rumah makcik2 aku kat sana. 

Beraya di tumah cikWah, makan laksa dan lontong. Sedap nnyum nyum...Cik wah rajin buat kek. Kek dia memang terbaik. 





Sempat lagi kami sekeluarga bergambar potong kek tu. Sebab 23 hb Jun adalah hari anniversary kami ke 11 tahun. Alhamdulilah.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...