Pages

Rabu, 4 Julai 2018

Bulan Raya, mood pun beraya lagi.

Kebetulan member opis kitorang Izat ajak beraya rumah dia di Forest Height. Alhamdulilah langkah kanan, makan tengahari kat sana. So sampai sana lepas sembahyang zuhur. Wife Izat, Nina jamu kami makan nasi putih berlaukan ayam masak lemak cili api, ikan masin, telur dadar dan sayur kangkung. Lepas tu Nina buat laksa Penang jugak. 

Makan2 sampai kenyang. Qaireen tambah dua kali, Umar pulak tambah sampai tiga kali!! Lepas tu Umar tak malu mintak bungkuskan lauk pulak tu!! Haiyooo buat malu ibu jer anak bujang aku ni. Sedap ler tu hehehe. 


Sesi makan2. Sedap!! Qaireen yang tak sudah2 makan, sibuk mata tengok tv. 


Ziarah kawan opis yang cuti sakit. Kesian Izat, sebelum bulan puasa dia accident di Port Dickson. Patah kaki. Terpaksa operate dan guna kerusi roda. Terpaksa bersara dari main bola sepak lepas ni.

Kenyang makan, berborak2 kitorang balik ke Bandar Sri Sendayan. Aunty Nina bungkuskan lauk ayam masak lemak cili padi kat Umar hua hua hua. Nampak gaya ibu kena balas balik ni bekas makanan tu nanti hehehe. Sebelum balik rumah tu singgah kejap d'Tempat, sebab ada jamuan hari raya anjuran Matrix Holding Sdn Bhd. 


Sampai sana dalam 4.30 petang. Orang dah berkurangan. Tengok diorang prepare stage untuk konsert malam ni, Search, Hujan dan Spider perform malam ni. 

Jom tengok apa ada untuk jamuan raya tu, padahal dah kenyang pun..

Qaireen EXCITED!! Ada cendol!! Dia minat giler makan cendol. 



Ok, jom makan cedol. Abislah diet ibu T_T

Tu dai cendol Songkok Tinggi, cuma petang ni diorang tak pakai pun songkok tu.


Makan cendol je, yang lain mampu tengok. Lagipun dah kenyang. Amik juga roti jala tapi masin dia!! Ya Rabbi... tak tertelan aku!!

Dia excited dapat makan cendol ler tu... 

Dah petang orang dah makin kurang jadi tak payah berebut2 nak makan. 

Matrix sediakan payung untuk orang yang datang makan di bawah tu. 

Diorang tengah testing persiapan stage. 
Confirm mesti ramai giler yang datang malam ni. 

Lepas makan kitorang pun balik terus ke rumah. Minggu depan ada lagi open house, banyak jemputan ni huhuhu. Raya kan sebulan, makan jelah jawabnya... KOnsert, haram nak pergi nak bawak anak2 tengok walaupun diorang ajak. Lagipun group yg dtg tu bukan zaman kamu, mesti kamu ternganga dengar lagu diorang kui kui kui. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...