Pages

Selasa, 28 Ogos 2018

Kursus Autocad - Autodesk Certified Professional

Dah selesai dah kursus ni baru nak tempek dalam blog. Asalnyer aku bukan peserta asal. Tapi ada peserta yang tak dapat hadir dan pihak pengurusan nak ganti orang aku offer ler nak ganti. Gila lama tak buat autocad since aku pindah kerja ke Port Dickson. Tapi takpelah, boleh test power ke tak lagi ni huhuhu.

Mula kursus 6 Ogos sampai 10 Ogos. Disebabkan makmal E-Learning tak boleh masuk sebab bangunan terbakar tempoh hari, kami terpaksa bersesak sikit kursus dalam bilik kecik Bistari, blok ULPL. Takde komputer terpaksa pakai laptop. Laptop disediakan oleh company syarikat.

Apalagi berkursus ler kita selama lima hari!!

Selalu guna desktop, bila guna laptop mak aiii susah pulak sebab kecik je mata huhuhu. Balik rumah confirm kepala berdenyut2 sebab hadap laptop dari pagi sampai petang wei...T_T

Cukup lima hari kursus, petang Jumaat tu jeng jeng exam dia pulak. Exam pakai online. 
Time ni kalut nak register online, ada yang tak boleh bukak. Terpaksa ler Zubir duduk kat depan meja pengajar nak register ahahaha. 


Muka2 cuak nak start exam. Berdebar, kecut perut. Sumpah dah lama amik peperiksaan heheheh. 

Senyum dulu sebelum mula menjawab. Masa menjawab 2 jam, jawab 35 soalan. Untuk lulus markah kena 700 ke atas dari 1000 markah......

Setelah sejam menjawab, akhirnya hantar je jawapan semua. Tawakal 
Result Alhamdulilah. Syukur..

Yeah dapat dah sijil. Tamat dah seksa lima hari hadap komputer ni. Berpinar2 mata den. 

Kira power juga lagi ye skill aku ni ye hehehe, isk ujub nyer dia. 
Terima kasih pada En Fouzi atas tunjuk ajar. 











Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...