Pages

Selasa, 28 Ogos 2018

Mandi di dTempat Club, Bandar Sri Sendayan

Banyak kali anak2 ajak, diorang berhajat nak mandi kat kolam, tapi tak termimpi nak mandi di dTempat Club ni. Nak jadi ahli mampus nak bayar yuran tahunan yang mahal gempak tu. Tapi disebabkan pembeli rumah di bawah developer Matrix Holding Sdn Bhd, mereka akan bagi PERCUMA keahlian club dTempat ni. Tak kiralah lima tahun ke, enam tahun ke, lapan tahun janji FREE ko ahahaha!!


Kad yang disediakan untuk seisi sekeluarga tersebut. Dewasa dan kanak2 kad lain2..
mujur ler dekat rumah pun tak sampai limi minit huhuhu. Tu yang sibuk ajak mandi kolam jer...


Qairen sempat posing sebelum tukar baju mandi, dalam ni ada sauna wei...Boleh ler nak kuruskan badan lepas ni kui kui kui.. Nak masuk kena bagi kad, nanti dia print tag pakai kat tangan. 

Dah tukar baju apalagi berkubang dalam kolam kanak2 ni. Umar dan Qaireen.

Ilhan macam biasa, mula2 masuk kolam mesti takut dan cuak dulu. 

Kalau dah takut, tak bagi ayah dia lepaskan dia. 

kalau ayah lepaskan tangan, dia jerit pegang kuat2 baju ayah dia jangan lepas. Menjerit2 si Ilhan, kecoh sungguh lah... 

Berendam mandi sampai kecut Umar oiii. 

Nak main slide pun ada. 

yang ni part untuk kanak2 bawah lima tahun boleh main sini, tak dalam pun. Kolam orang dewasa je dalam, luas macam kolam sukan olimpik. Yang mandi kat situ dua, tiga orang je. Segan pulak nak terjun kolam tu ahaha. 

Ok Ilhan dah surrender, dia punya mengigil. terketar2 sejuk padahal hari dah tengahari pun. 
Lepas mandi, salin baju. Makan balik rumah terus kroihhh kroihhh tidur. Letih main air nak.....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...