Pages

Rabu, 24 Oktober 2018

Pesta Tanglung dan Sambutan Hari Malaysia Tritonix

Sambutan ni dah dibuat pada 16 September 2018 sempena sambutan Hari Malaysia. Aku je lambat update dalam blog. Rasa sebulan lebih juga takde update dalam blog ni huhuhu. Ok, taman Tritonix kami ni memang satu Malaysia ada Melayu, Cina, India dan lain-lain.. Jadi persatuan taman dah rancang untuk buat dua sambutan sekaligus. Pesta Tanglung dan Hari Malaysia.

Jadi petang tu, kami buat persiapan untuk sambutan kedua-duanya. Ajk dah beli barang2 jadi petang tu kami susun kerusi meja dan siapkan tanglung2 untuk dipasang pada malam nanti.

Ok, say cheese and peace!!

Fuh fuh fuh!! Nak lekatkan siap2 lilin dalam tanglung untuk budak2. 


Pesta tanglung ni amalan masyarakat Tionghua. Ianya berkaitan kasih sayang dan harapan. JAdi pesta ni selalu diraikan dalam keluarga Tionghua untuk merapatkan kasih sayang ahli keluarga. 
Ok, sekejap lagi nak malam jadi kena siapkan cepat2. Nanti majlis akan start dalam 8.30 malam. 

Pukul 8.30 malam majlis pun dah mula, pasang api kat lilin untuk gantung. 


Gantung susun elok2 bagi nampak cantek aahhh. 

Manyak cantek woooo!!!

OK, lepas tu susun ramai2 satu taman keluarga TRitonix untuk ambil gambar. 

Semangat jiran belakang rumah aku ni, Uncle Joshua. Semangat Malaysia Baru kot hehehehe. 

Lepas tu mereka bagitau Jom jalan, bawa tanglung ni pusing satu taman. Hah?? Nasib baik ada lampu jalan, kalau tak mesti golap sebab tanglung kecik je kui kui kui.

Ok, jom2 jalan. 

Kalau tak terang, kita bawa lebih dari satu bagi terang yek.

Kira tanglung ni macam lampu penyuluh jalan untuk kembali ke pangkal jalan :)))

Budak ni mula2 amik satu, jap lagi mesti ambil lebih dari tu hmmm

Ok, amik gambar sekeluarga. 

Dah jalan pusing, penat dan dahaga pulak. Apalagi, makan time ahaks!!

Kan, tengok Umar beberapa banyak dia tambah lagi tanglung. Siap cakap lagi ini Ilhan dan ibu punya tau!!


Dah abis lilin, bakar lilin lagi. 


Takpe mainlah tanglung baik2. Hah jamuan makan malam. Tema pot luck . 



Buah-buahan dan kuih muih. 

Sila2 jemput makan. Masa ni lah kita berkenal-kenalan, beramah mesra dengan jiran setaman kan...

Hopefully semangat ni akan diteruskan sampai bebila pun. 



2 ulasan:

  1. Interesting! Baguslh semangat kejiranan kat tempat puan ni 👍

    BalasPadam
    Balasan
    1. TErima kasih, ini atas semangat kejiranan dan peranan kesatuan taman yang manjalankan aktiviti dgn baik.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...