Pages

Khamis, 29 November 2018

Hadiah kecemerlangan

Dua minggu sebelum exam akhir tahun, Qaireen dan Umar tengok iklan Pizza Hut kat tv. "Wah macam best je, Qaireen nak pizza ibu??"  Qaireen dah start request. "Umar pun nak!!" Ooo nak pizza boleh, dapatkan 6A dalam exam akhir ni, nanti ibu belanja makan pizza.... :)))

Pizza chicken cheesy bites. 

Habis exam, selepas seminggu result keluar memang anak2 berjaya dapat keputusan yang cemerlang. Jadi aku kena tunaikan janji, nanti dah jatuh kategori munafik pulak ahahaha!!

Umar dapat hadiah mata pelajaran terbaik sains dan matematik untuk darjah dua. 

Qaireen dapat hadiah untuk tempat ke tiga dalam kelas dan keseluruhan darjah tiga.

Sementara nak tunggu kakak ambil hadiah, makanlah roti ibu dapat tu dulu. 

Dekat sejam Guru Besar dan tetamu kehormat berucap barulah upacara penyampaian hadiah. 

Baguslah dapat hadiah alat tulis. Aku lagi suka daripada dapat hadiah trofi atau plak. Bagi aku semua tu sekadar sampah, buat tayang jer huhuhu. Aku taulah sebab dapat banyak medal dan plak last2 ayah aku bakar sebab tikus beranak dalam kotak tu. Hadiah better bagi buku atau alat tulis yg boleh digunakan. 

Okey jadi ibu dan ayah tunaikan janji anak2. Bawak pergi makan pizza yang diorang nak. 

Lepas order, nak tunggu lama snap gambar satu family, jarang dapat ambil gambar. Mujur ada monopod. 

Dah sampai apalagi, Bismillah. 

Jemput makan anak2, tahniah ibu ayah ucapkan. Kalau ada rezeki inshaAllah dapat makan lagi. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...