Pages

Selasa, 18 Disember 2018

Kursus pembajaan di Taman Tritonix.

Di taman perumahan kami ada seorang pesara dari Jabatan Pertanian, Haji Ghani. Rumah dia penuh dengan pokok bunga, pokok kelapa dan buah-buahan. Memang cantekkk.

Jadi kadang2 ada juga jiran2 mintak tips macam mana nak tanam, nak baja, nak jaga pokok tu pokok ni. Haji Ghani dah macam consultant dah. memandangkan ramai yang bertanya so dia offer nak buat kelas percuma tentang pembajaan pokok2 ni.

Haji Ghani berkongsi ilmu tentang baja. 
Start jam 9 pagi, bertempat kat rumah dia. Dan kebetulan mak dan ayah aku datang  rumah kami minggu ni, diorang pun nak ikut jugak. Mak ayah pun memang minat tanam pokok bunga. Jadi adalah peserta dalam 10 orang jer yang hadir. yang lain tak minat bertanam kot. 

Mak khusyuk dengar. Banyak mak tanya pasal baja pokok hehehe. 

Sambil2 tu tengok2 pokok yang ada dikeliling tuan rumah ni. Tu dia, cili hijau merencik!!

Poko limau nipis... 

Banyaknya pokok bunga, aku tak tau ler ada masa ke tak nak jaga pokok2 ni. Orang dah pencen confirm banyak masa kui kui kui..

Bunga kertas dia merimbun je syanteeek. 

Jenis2 tanah yang digunakan untuk menanam poko. Ada campuran2 tertentu, ikut nisbah. Supaya tanah tidak terlalu rapat, ada rongga udara dan air boleh mengalir keluar. 

Baja pun macam2. Haji Ghani pun cari baja2 ni sampai kat Mantin huhuhu. Yang ni semua jenis pallet. 

Yang ni pulak jenis bancuhan. 

Fuh, pokok dia hijau merimbun jer kat belakang Umar tu. 

Kelas berlangsung dalam sejam, selepas sesi soal jawab ada makan2 pagi tu. Nasi lemak, kek, kuih muih tuan rumah sediakan. Baik hati tuan rumah dah lah bagi ilmu percuma dijamu kami semua dengan hidangan makanan. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki. 

Anak2 pokok ni Hj Ghani dah semai, dia bagi jer kat kami untuk tanam kat rumah. Umar excited ambil. Nak tanam pokok betuk dan bunga kertas. 

Haji Ghani pun baru balik dari MAHA cari anak pokok dan baja kat sana. Kitorang jer tak sempat nak memborong, aku pun kena paw dengan Umar beli beberapa pokok orkid dengan bajanyer sekali. Lepas ni boleh ler tanam kat rumah tu. Ilmu dah ada kannnn :) 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...