Pages

Khamis, 3 Januari 2019

Perbaiki laman rumah V1

Sejak dah pasang awning, rumah dah jadi teduh sikit. Cuma bila hujan lebat, akan jadi becak di setengah2 kawasan atau ruang2 halaman rumah. Lagipun laman rumah kami tak beberapa rata tanah dia. Jadi dah kira2 dan tunggu komisyen berbulan2 lamanya (ahahaha) akhirnya baru dapat laksana misi untuk baiki laman rumah kami ni.

Ruang ni nak tambah tiles je. Aku cadang nak buat pakai batu cuci dan tiles outdoor. 

Kat sini lagilah macam bendang pasai air hujan turun semua tala kat sini. Syok Ilhan main lecak dengan kereta sorong dia huhu. So kita korek buang tanah.  Lepas ni ganti batu cuci dan tiles. 

Kena pecahkan tiles yang sedikit tu nak bagi sama rata. Kawasan ni dah ada bumbung jadi aku plan nak letak kerusi dan meja outdoor lepas tiles siap pasang. Berangan ye, berangan.... 



Buat tanda had mana kita nak pasang tiles. Kontraktor kata pasang tiles kasi lurus sampai belakang terus. Biar sama, baru cantekkkk. Ye cantek juga duit dia huh!!

Tapi memang aku harap boleh buat sampai abis belakang, sebab kalau hujan lebat air melimpah2 tak sempat keluar dari laman confirm air masuk pintu belakang rumah. Pintu pun dah reput weiii. Jadi nampak gaya pagar kena buang. Naik bata ganti tembok batu.

Nak kena tambah awning belakang ni lepas tambak tanah dan pasang tiles. Huhuhu duit lagi. 

Nanti bersambung lagi, aku update gambar progress.......




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...