Pages

Selasa, 26 Mac 2019

KIsah Beli kereta kedua || Part 2

Jadi bermulalah misi mencari kereta kedua. Sebenarnya aku dah test drive kereta proton persona tahun lepas. Ok jugak lah kete tu sesuai untuk family car. Dan harga dia pun mampu milik. Sebab dalam 60k ++. Tapi tak tau lah lepas balik test drive tu, krik krik krik... senyap pulak aku tak pikir kete lagi lepas tu hahahaha. Agaknya dah puas kot bawa uji kete baru :P

Lama lepas tu dekat setahun baru tergerak nak cari kete lagi... uihhh lamanya peram. 
Mula2 cari kat Batu Pahat. Dah cuba kete baru Innova, Altis. Lepas tu test pulak kete terpakai. Nissan pun ada try. Pusing2 merata cari dan pandu uji. Lepas tu penat tak payah ler cerita. Pening juga kepala nak cari kete terpakai ni huhuhu. Banyakler kertas kira2 bawak balik rumah, ejen kete dah tolong kirakan. 


Toyota Altis tahun 2015, masih baru tapi macam bumper tak ori. Mungkin ada orang hentam dari belakang tu ngeh ngeh ngeh.. 

Yang Altis tahun 2013, tapi enjin power 2.0V tu!!


Kereta baru, lagi besar installment dia... 
Yang ni memang tak mampu huhuhu. Rasa2 installment lebih RM1k tak payah lah nak tenung lama2 


Tapi paling banyak kat kedai used car ni kereta Honda yek. Kedai promote suruh ambil Honda Civic atau Accord. Tapi aku tak minat pulak jenama H ni. Rasa banyak sangat dah atas jalan raya Malaysia Ewah ewah... 

Jadi tak jumpa kat johor, balik ke Seremban. Lepas tu kan pencarian di sekitar Selangor dan KL pulak!!!
Haa ni antara sebahagian business card kami collect sepanjang pencarian kereta kedua ni... 

Bersambung...... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...