Pages

Isnin, 24 Jun 2019

Projek kelas English Umar

Tahun ni ada kelainan sedikit dalam persekolahan. Sebab tahap 1 iaitu darjah 1,2 dan 3 tidak ada peperiksaan atau ujian pertengahan dan akhir tahun. Jadi banyak diisikan dengan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan untuk memupuk kreativiti pelajar kot? Ntahlah aku pun tak pasti hala tuju sebab ibu bapa tiada diberikan penerangan pasal ni hau hau hau... Kalau ikutkan kaedah pembelajaran secara didik hibur dan berteraskan pada pelajar...

Jadi Umar darjah 3, selamatlah dia daripada peperiksaan... hehehe dia yg suka "tak payah study sebab takde periksa ye bu... "

Buat projek untuk kelas bahasa Inggeris darjah 3. 

Pilih negara di luar Malaysia dan cari semua berkaitan cuaca, pakaian, budaya, life style yang ada kena mengena pasal negara tu lah.. 

Memandangkan bulan posa, dan Jejak Rasul paparkan siri di Mesir maka Si Umar ni pun berkenan nak citer pasal negara Mesir a.k.a EGYPT. 

Aku cari google je gambar kat internet tajuk yang dia nak. Carilah seberapa mana yang ada nanti pandai2 pilih gambar yg dia suka. 

Tadaaa siap!! 
Dari gunting, susun, tampal dan tulis dia buat sendiri. Aku cuma sediakan gambar, kerja dia aku just perati dan bagi idea jer.. Barang2 semua beli kat MyDin dan DIY. 

Yarabbi budak ni selamba je tak pakai tai leher, sorry cikgu.... 

Minggu depan dia present depan kelas. Hmm kira macam tu lah lebih kurang cara pembelajaran anak2 sekarang kot kan kan kan. 






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...