Pages

Selasa, 20 Ogos 2019

Jalan2 Melawat Tempat Bersejarah di Melaka 2019

Cuti sekolah seminggu, jadi alang2 nak balik Seremban selepas minum kopi di Kopitiam 434 kat Muar, kami singgah ler jalan2 di Bandar Melaka. Nak bawak anak2 tengok muzium negeri Melaka. Kira berjalan penuh ilimiah ler kat sini kan. Tambah pengetahuan anak2.



Dalam Istana Melaka konon-konon nyer... 

Lukisan2 lama ni, dari aku bujang sampai dah beranak  tiga, posisi dan citer dalam muziam sama ajeeee. Takde perubahan pun. Lukisan pun dah pudar weiii, mana ler kakitangan Muzium ni jaga tempat ni, berhabuk aku tengok? Musykil aku?? 

Khusyuk baca sejarah eh? 

Banyak maklumat dapat kat sini. 

Dah selesai lawat muzium negeri, cuma rasa kecewa juga sebab aku tengok banyak yang dipamerkan tiada perubahan lebih 10 tahun daaaa. Baju2 diorang display kat patung dan kotak pameran dah mereput aku tengok... Macam tak dijaga weiiii. 

Jadi alang2 semua anak dah besar, boleh panjat tangga sendiri jadi kami pun naik ler ke Bukit St Paul. Semput bak hang... adehhhh. 

Wauuu, ayah dah macam cikgu sejarah laaa... 


Panas lit lit huhuhu. Petang2 panak terik kita berjalan yeaaa. Kalau kota ni kat Europe ni mesti tak rasa panas macam ni ahahaha. 


Jom turun, kat situ takde pape. Cuma kubur org Belanda jer. 

Nampak laut Selat Melaka dari atas ni. 

Kalau dulu mesti nampak laut jer, sekarang dah tambak tanah dan naik macam2 bangunan. 

Penat lah jalan masuk segala macam muzium. Tak sempat nak amik gambar banyak2 rasa gambar pun sama jer dalam muzium2 tu. 

Besar dah budak berdua ni. 

Rasa ni lah last kot ibu ayah bawak kamu jejalan. Lepas ni ajak ler rombongan sekolah bawa kamu jalan2 sini. Ibu dulu darjah empat, cikgu sekolah bawa rombongan 1 kelas jalan2 sini. Lagipun umur macam ni dah takde tenaga dah nak jalan panjat sana sini hahaha. Aku rasa banyak tempat aku duduk tengok perhatikan aje anak2 ke sana sini pusing dalam muzium. Penat weiii... Stamina dah semakin kurang walaupun kita workout. 

Throwback jejalan Melaka. Tahun 2010.

Tahun 2016

Tahun 2017. 

Wah banyak juga ye kita jejalan kat Melaka!! Maklum ler dekat je antara Johor dan Seremban kan. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...