Pages

Rabu, 21 Ogos 2019

Minum Chatto Bubble Tea PERCUMA

Ini first time kami minum bubble tea. Tak pernah minum sebelum ni sebab takut rasa dia manis sangat. Lepas tu bila Public Health tulis kandungan gula dia memang menakutkan ahahaha!! Tapi disebabkan OSK di Iringan Bayu bagi minuman ni percuma, jadi apalagi rebut peluang untuk rasa kan!! Kah kah kah. Hilang takut nak minum kan... Bubble tea ni produk dari Chatto Malaysia


Register dan tulis nama, dia bagi kita sign dan tulis ucapan KEMERDAKAAN kat board tu. 

Ambil gambar dulu.  Lepas tu staf dia bagi 3 sticker untuk dapatkan minuman bubble tea tu kat kaunter. Mudah jer... 

Nampak banner ni terus teruja!!


Dapat percuma, buat apa beli ahaha..
Aku amik Charcoal Pearl Oolong Tea.

Ada 4 pilihan, boleh ambil 3 cups aje, nak rasa semua tak dapat ler. 


Umar ambil milk tea campur dengan cincau.

Qaireen ambil milk tea campur caramel dan puding. 

Ok minum, hm sedap ker tu???
Yang belakang tu muka laki aku tengah stress tengok harga rumah hahaha!!


ilhan tak nak minum, nak main jer...

Eh dah abis minum ker?

Tak abis pun diorang minum, sudahnya aku dan husband juga kena habiskan. Mujur 3 cups jer... Rasa ok, sekali rasa cukuplah. Nak rasa jer kan. Takde pun teringat2. Tapi yang aku minum tu memang ok, tak manis sangat pun. Milk tea yang cincau pun sama. Tapi yang Qaireen punya memang maniiiisss giler, potong kaki punya. Aku dan husband tak boleh telan jadi mmg tak abis beb. Huhuhu. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...