Pages

Isnin, 5 Ogos 2019

Misi Penuhkan Bilik Sewa

Saja aku nak kongsi kat sini, cerita bilik sewa ni bukan indah jer semata2. Banyak benda nak pikir nak diuruskan. Bila suatu hari, tetiba aircond bilik kedua tu rosak dan penyewa tak nak duduk bilik tu alasan panas maka kita tuan rumah kenalah cepat2 fikirkan penyelesaian. Memandangkan aku pun duk jauh area Seremban kena harapkan technician JMB tolong check dan uruskan. Bilik yang ketiga pulak dah dekat dua bulan kosong, ejen masih tak dapat2 penyewa lagi. Aku pun hairan kenapa payah ejen nak dapatkan tenant???!!

Jadi mula citer tak best, sebab dia tak nak duduk bilik tu. Panaslah, tak boleh belajar. Yang penyewa bilik lain pulak cuti semester. Jadi aku tak boleh nak adjust time dan pilih tarikh kontraktor datang untuk check servis aircond yang rosak. Dan dia request tak bayar sewa bulan ni selagi aircond tak betulkan. Ish ish ish... Dah lah susah nak bagi kerjasama penyewa himpit kita dengan request pelik2.

Aku cakaplah, ikut kontrak (kontrak sebenarnya dah tamat) jadi kena bayar sewa kalu bilik kosong ke tidak sama macam penyewa lain. Last2 aku yang turun sana guide kontraktor buka dan check aircond. Kata dia kena refill gas dan cuci. Yela lama setahun lebih tak servis lagipun bilik tengah kerap kosong kadang2 filter tak berabuk pun. Kalau nak sejuk aku suruh dia pindah je sebelah bilik kosong tu. Dia tak nak.sebab kena takut duduk sorang2 pulak, jadi sanggup berulang alik dari rumah sendiri. See masalah takde kaitan dengan aku, aku pun terjebak sekali.

Memandangkan kontrak dah abis, aku terfikir nak install WiFi di unit dan cuci sekali. Sebab masa aku datang bilik air dan dapur memang kotor selekeh mak aiii. Masa mula2 masuk ayah penyewa bukan main bising minta ejen suruh kita cuci semua sebab tak bersih sangat. Ingatkan anak dah duduk nanti jagalah kebersihan, rupanya dua kali lima juga adoooooii..(Ko jangan claim ler penyewa wanita lebih bersih dari penyewa jantan, actually dua2 sama jer ahahaha)

So aku pun mulakan peranan aku sebagai tuan rumah setelah sekian lama serahkan bulat2 pada ejen. Semua dicuci termasuk bilik yang dihuni. Aku daftar dan set masa dengan Time pasang Wifi. Dan iklankan kaw-kaw sendiri sewa bilik di media sosial. Tetiba datang balik semangat nak uruskan unit sendiri, dah malas nak lepas kat ejen. Gunakan balik, asah semula kemahiran kita dalam online marketing!!
Yeah Wifi dah siap pasang dalam 20 minit jer, Time memang laju kat area sini. 

Patah balik citer pasal bilik. Dan settle semua tu (2 hari je selesaikan) aku bagitau kat semua tenant, unit dah bersih dicuci, ganti bulb lampu dan pasang WiFI. Untuk tenant bilik yang masalah aircond aku mintak renew agreement tapi sewaan naik sebab aku dah tambah wiFi dan unit tu aku akan cuci sebulan sekali (biar aku sebagai Tuan Rumah yang datang cuci dan kemaskan unit dari kotor dan selekeh). Dia refuse, sebab dalam agreement tulis boleh sambung kontrak selepas tamat 6 bulan sebagai pilihan. Dan dia pilih sambung dengan sewa lama spt dalam kontrak tu. Eh pandai pulak nk ikut kontrak, sebelum ni bising tak nk bayar sewa bagai. Sebagai Tuan Rumah aku berhak pilih sambung ke tak. Aku pilih Tak Nak.....

Aku tak nak sambung kontrak, sebab aku rasa malas nak hadap kerenah penyewa ni. Walaupun bapak dia memang bayar on time. Yelah student kan semua family tanggung jadi acah2 jadi tuan besar. Susah bagi kerjasama, dan pening kepala nak layan. Dan aku tak untung pun. Dia ingat aku ni kapitalis ke nak tekan2 penyewa. Aku cakap keluar je, aku bayar semua deposit tu. Dan dia cakap separuh sewa kena pulang sebab takde aircond. Ok No Problem. Kalau duit yang dia berkira sangat, takde masalah aku boleh bagi.. Janji keluar cara baik.

Bilik bersih dan wangi- penting untuk first impression prospect bila view. 

 Aircond dah siap cuci dan servis. Sejuk woooo.
Tak payah buka suhu rendah dan kipas yg laju2. 

Settle je, terus aku iklan baru nilai sewaan baru.. Dua2 bilik. Marketing power dan kaw2, dengan izin Allah ada rezeki. Tak sampai 24 jam dua orang tenant yang bekerja confirm nak masuk. Sorang tu nak masuk malam tu juga sebab family datang hantar jauuuh nun dari Utara. Memandangkan anak nak masuk kerja baru mesti cari tempat tinggal segera yang selamat untuk anak dia. Ya, aku ni bukan kapitalis. Kadang2 rasa buat sewa-sewaan ni nak bantu, beri orang duduk elok2 je (anak nak masuk belajar, ke nak kerja tempat baru). Kita pernah alami bila kena kerja jauh2 family yang risau cari tempat duduk yang elok selamat untuk anak mereka. Bila selesai urusan penempatan mesti diorang dapat balik kampung dengan hati tenang dan tenteram.

Jadi aku cuba usahakan, hari cuti pertabalan Agong aku lari ke sini sekejap dengan suami dan anak2 uruskan kemasukkan penyewa2 baru walhal hari tu kena bertugas di tempat kerja. Pagi tu dah macam daftar anak masuk asrama, penuh unit dengan keluarga family dan sahabat. Dan bilik tengah tu tetiba aircond masih problem buat hal lagi, jadi aku janji dengan famili tenant - saya akan tukar baru. Titik. Demi keselesaan penyewa. Dan Alhamdulilah 3 hari selesai pasang ganti baru.

Lepas tu tanya nanti cleaner datang ke? Aku cakap roger je saya. OO Nanti akak call cleaner ye. Aku senyum je, dari buang duit bayar cleaner yang belum tentu bersihkan betul2 baik aku buat sendiri dik oii. Jangan terkejut tup2 ko tengok nanti aku datang bawak vakum, mop dan pencuci sekali bagai. Aku memang jiwa pembersih, pantang tengok tempat kotor dan selekeh lebih2 rumah sendiri ahahahaha!! Nasiblah.

Lepas ni misi selesaikan pulak bilik sewa Shah Alam... fuuuuh.

Jika sesuatu perkara itu penting bagi diri kita, kita akan BERUSAHA mencari jalan. Jika sebaliknya, kita akan mencari alasan... 

3 ulasan:

  1. Baik ar ....mmg puas hati buat sendiri pastu kita lh pantau rumah sewa tu kalau kita buat

    BalasPadam
  2. Puas hati buat sendiri dr byr ejen, untung ats tngan je...pastu kalau kita bersihkan sendiri pun lg bagus blh pantau sekali rumah sewa tu...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...