Pages

Isnin, 30 September 2019

Belajar buat sushi dengan Sushi King

Bila check Facebook, ada program terbaru daripada Matrix Concepts Holding Berhad. Aku daftar anak2 dalam program ni pada 28 September jam 10.00 pagi.


So jam 10.05 minit kami terpacak dah kat Ara Sendayan Gallery. Dah dua kali orang matrix call jadi datang ke tak huhuhu. Lambat sikit sebab anak2 lambat bersiap. Kami pulak baru lepas workout.

Ok anak2 dah turun daftar diri sebab dah register minggu lepas. Hampir semua participants sudah datang. Dan orang Sushi King dah mulakan program. 

Ok pakai cap (topi) dan sarung tangan bagi menjaga kebersihan. Hygiene ye. 

Nasi daripada beras jepun dah siap2 campur dengan vinegar. 


So staf Sushi King akan bagitau step by step macam mana nak balut, nak gulung, nak sumbatkan dalan tauhu ke.

Dia bagi sea weed untuk buat hiasan atas sushi dan sashimi. 

Bila dah siap, kita susun atas kertas yang diberikan. Cantik, comel2 budak2 ni buat. 

Well done Qaireen dan Umar, sambil belajar nanti boleh makan ahaha... 

Sabar2 nanti dah siap boleh makan hahaha. 

Step by step, rasanya dalam sejam juga mereka belajar macam2 perkataan Jepun berkaitan dengan sushi. 




Ok dah siap 4 jenis sushi, last sekali buat 'temaki'.

Sambil tu diorang ada buat kuiz, siapa jawab betul dapat hadiah baucer Sushi King. 

Wah lepas siap buat sushi, diorang agihkan Vitagen sebotol pada anak2 ni. 

Bestnyer minum vitagen kan!!

Ilhan mana? Hah main2 keliling galeri. Nak masuk tak boleh jadi dia rembat belon kat tepi tu. 

Main guling2 atas sofa dia. Dah makan dah minum main hadphone, main belon pulak. 

Ok dah selesai kelas buat sushi, amacam. Puas hati tak?? Hehehehe. 

Cepat tunjuk mana sushi kamu buat tu??
Qaireen dah tak sabar nak makan dah. Kena makan dalam 2 jam selepas buat untuk kesegaran dan  kebersihan sebab kita dah pegang masa buat. 

Yeah, saya dapat baucer Sushi King!! Kena makan lah lagi lepas ni. Mujur expired sampai hujung tahun ni. 

Hm makan dah, Qaireen dah tak sabar nak makan dari tadi. 

Wah ada 'Inari' dan 'tamago'!!


Main2 kejar sementara tunggu ayah datang bawa kete. 

Selesai sudah kelas sushi. Start 10.00 pagi habis dekat jam 12.00 tengahari. 

Alhamdulilah, rasa senang hari bila Matrix buat program yang bagus untuk kanak2. Ini yang dikatakan program komuniti yang patut dijalanakan di bandar atau kawasan perumahan terancang seperti Bandar Sri Sendayan. Thanks Sushi King dan Matrix Concepts atas program yang AWESOME ni!! Hah tepuk tangan!!! 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...