Pages

Jumaat, 25 Oktober 2019

Berkelah di Port Dickson dengan Anak PA

Aku dah beberapa kali jadi Penasihat Akademik (PA) dekat 3 buah politeknik. Biasanya jika dah nak tamat belajar mesti akan buat jamuan special dekat hotel ker untuk celebrate diorang. Anak PA aku pelajar Dip. Kej. Mekanikal dah tamat semester lima. Jadi semester depan mereka akan buat Latihan Industri. Kiranya sem ni last diorang kat poli ni. Apalagi diorang banyak kali request sebelum ni untuk buat jamuan makan2 ker untuk raikan sebab aku tak pernah buat pun huhuhu teruk kan sebab takde masa wei... .

Jadi bagi memenuhi permintaan mereka, setlah tarikh 20 hb Oktober ni untuk majlis jamuan di Pantai Port Dickson. Memula ingat nak makan je kat Restoran Nasi Arab ke, Steamboat ke hahaha tapi sekadar makan je macam boring sebab tak boleh buat aktiviti2 lain pulak. Jadi aku bahagi2 tugas untuk ajk makanan, BBQ, sukaneneka dan kutip duit.


So pagi2 Ahad tu, kami dah datang ke Telok Kemang. Anak2 excited nak pinik dan mandi laut. Pastu budak2 PA message "Puan kita tukar lokasi, ke Batu 4".. pulak dah. Sampai2 aku terus bentang tikar dan setup makanan dan air. Masa ni dah jam 9.30 pagi 




Aku bawa karipap dan kek 2 biji untuk diorang. Makanan pagi dan tengahari diorang dah tempah hasil kutipan duit daripada pelajar yang nak ikut serta dalam perkelahan ini. 

Kek ni aku beli sebab anak2 aku suka makan pun ahahaha. 

Yang dapat join adalah dalam 14 orang daripada 23 pelajar DKM5C. Ini termasuk seorang bekas pelajar aku dari Politeknik Ibrahim Sultan, Hilman. Hilman ni masa sem 3 dapat tukar ke poli JB, pastu cakap kat aku tak nak pindah. Issh mana boleh, nama kamu dah daftar di sana daa... Kesian tapi takpe jamuan akhir boleh jer join dengan rakan2 lain. 

Makan pagi dulu, ada nasi lemak dan bihun goreng. Diorang dah tempah kat Taman Poli. Tengahari nanti pulak tempah untuk makan nasi goreng kampung. 

Husband setup api bakar. Dia ajar kelas Mechanic of Strength kat budak2 PA aku masa diorang dalam sem 3. Aku je tak dapat nak ajar apa2 dalam kelas DKM ni sepanjang diorang kat poli ni. Tak pernah dapat kelas diorang ni dalam jadual waktu. Kira nasib baik juga korang tak jumpa aku time kelas yek :)))

Ok, pasal bakar ni jangan tiru macam diorang buat, salah sebenarnya. 

Dan tak samai 30 minit dah kena kompoun dengan MPPD. Memmang takde tempat membakar sebab kami tukar lokasi last minute. Kalau tak aku confirm bawa tempat bakar BBQ kat rumah. Sebab peraturan kat pantai peranginan tak boleh bakar tanpa alas. Hilang mood happy kejap budak2 ni. Tapi lepas tu ok lah balik. 




Sementara nak tunggu makanan ayam dan sosej dibakar, kita buat dulu aktiviti sukaneka. Mula2 sekali main game Dodgeball. 

Korang pakat2 ler main, aku cuma jadi pemerhati. 

Main dodgeball sampai tercungap2 budak ni. Macam takde stamina langsung aiiiii... 

Lepas tu aku perhatikan anak2 sendiri pulak, anak2 nak mandi laut. Lepas tukar baju, diorang semua terjun dalam air. 

Seronok mandi laut yek, selama ni asyik mandi kolam je kan... 


Tak tau ler apa yang Umar gali pasir tu dalam, nak buat kubu agaknya. 

Husband aku duduk kat pantai tolong tengokkan anak2 PA ni. 

Diorang ni main dodgeball je dah kepenatan, tak main game lain dah. Nak makan ayam pulak. 


Qaireen timbus Ilhan, Ilhan suka pulak tu. 





Lepas tu baru makan, nasi goreng berlambak gila. Banyak betul akak caterer tu masak dan bungkuskan. 

Amiklah gambar dengan anak2 buah PA. Aku tak pernah bergambar pun dengan diorang ni. Skema tak aku kan! kan! kan! Hahahaha


LAst sekali aktiviti mandi laut dan naik banana boat. Aku tak join pun, husband yang ambilkan gambar. Tak kuasa aku nak ambil ahahaha!! Dah panas terik. 

Hm tempek ler kat sini aksi anak2 PA aku ni. Masa ni dah 12 tengahari lebih, panas lit lit. Diorang baru lepas naik banana boat. Panas gila mandi pantai masa ni hahaha. 

Lepas ni rasanya jumpa masa korang ye dalam konvo tahun depan nanti, semoga berjaya dan success dalam kehidupan pekerjaan di luar sana.  


Tamat jam 1.00 petang program, hopefully semua anak (kira anak sendiri dan anak PA) puas hati dapat berkelah dan mandi kat pantai yek. Mummy nak balik dah, abis muka aku gelap kena sunburn!! huhuhu. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...