Pages

Khamis, 3 Oktober 2019

Solat Zuhur di Masjid Sri Sendayan.

Masjid Sri Sendayan dirasmikan pada 20 September. Siap masuk dalam berita TV3 lagi. Perbelanjaan nak buat masjid tersergam indah ni menelan lebih RM100 juta ringgit. Kalau hantar anak2 tuisyen kat sini mesti lalu depan masjid ni. Dari tanah lapang sampailah terbina masjid. Start bina 2015 akhirnya selepas 4 tahun siap juga masjid ni.

Aku bersyukur dalam tahun ni dua masjid baru dibuka di Bandar Sri Sendayan, rasa tenang dan lega bila melihat masjid2 ni siap di tempat tinggal sendiri. Senang ada kariah di tempat sendiri untuk uruskan pelbagai perkara berkaitan Islam. Terima kasih Tok Mat, mantan MB Nismilan dan Adun Rantau. Jasa mu akan kami kenang selalu.

Dan kebetulan minggu ni mak dan ayah dari Johor datang ke rumah kami. Ayah ajak husband nak solat kat masjid baru ni. Jadi aku pun join juga bawa anak2 sekali. 


Ni dewan solat muslimah, kat paras atas. Baru je selesai solat Zuhur. 

Dewan solat kaum adam, luas sungguh. Kalau tengok siling dan tiang masjid ni, ukiran2 tu buat kita terpegun. 

Ukiran di atas siling dewan muslimah, SubhanaAllah cantik sungguh. 

Nak turun ke bawah. Ada lif. Kalau tempat solat muslimah terletak di atas. Naik tangga empat tingkat. Semput juga. 

Jadi elok kalau yang tua atau ada anak kecil naik ikut lif. 

Lif ini dikhaskan untuk kaum hawa sahaja. 

Ada jubah disediakan untuk pelawat2 luar yang mungkin tidak arif tentang aurat kan. Macam Masjid Putrajaya tu. 

Kat luar ada ruang legar, jadi tempat solat jemaah lelaki memang luas sampai ke belakang. Boleh muat 5000 jemaah. 

Lantai marmar ni dibawa khas dari luar negara. Kat depan tu bangunan pentadbiran masjid. Dan juga bangunan untuk tandas dan bilik mandi. Kira arkitek buat berasingan, terletak di luar bangunan masjid. 

Dah selesai solat nak pergi parking kereta. 

Ni pandangan dari luar masjid. Ada laluan untuk penjalan kaki yang bersih untuk ke masjid. Jadi kasut atau selipar boleh letak di luar hadapan jalan masuk masjid. 

Fountain ni khas untuk tempat kaum adam ambil wuduk. Memang menarik cepat kering sebab konsep dia terbuka macam tu kan.. 

Ok amik gambar depan bangunan masjid pulak. 



mana ayah dan atuk ni?? Tengok suasana kat sini macam orang balik haji dan umrah pulak. 

Aku pun tak ketinggalan nak amik gambar diri sendiri depan masjid ni, kui kui kui. 



Umar ambil gambar, cantik dan mengagumkan. 

Kalau malam lagilah cantik bila ada limpahan cahaya lampu. InshaAllah. Kalau panjang umur, ramadahan akan datang boleh kami berterawih di sini. Amin... 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...