Pages

Khamis, 21 November 2019

Buat Keto Muffin Coklat

Sejak dah stop ambil gula dan buat diet low carbo (keto diet), tak dapat nak makan kek atau muffin atau roti. Sebab keto ni tak boleh ambil carbo di mana tepung gandum termasuk dalam kumpulan karbo dan ada gluten.

So cari dalam internet jumpa satu video macamana nak buat muffin, tukar tepung gandum kepada tepung almond. Dan gula tukar kepada pemanis monk fruit. Aku beli jenama lakanto. Sama je bentuk dia macam gula, rasa manis pun macam gula.

Ini adalah sebahagian daripada resipi muffin coklat tu. Dalam resipi pakai susu almond tapi aku guna susu segar. Serbuk coklat aku pakai jenama Hershey's Cocoa Unsweetened. Aku campur coconut oil. 
Cuma coklat chip je yang tak lulus keto kot. Tapi tak banyak letak sekadar penghias muffin jer.. 

Semua ingredient tu aku guna blender je kecuali chocolate chips ( yang tu kena gaul dan tabur yeee). Bila bakar, mak aii muffin mengembang elok!! 

Dah siap bakar. 

Acuan tu boleh dapat dalam 8 biji muffin. Oklah tu cukup makan anak beranak. Makan mana boleh berlebihan kan kan kan....ahahaha

Sesuai untuk buat sarapan. Husband pun suka, cuma yelah kurang manis kan hehehe. 

Tapi isi dia fluffy betul... Yummy. 

Hahaha anak2 pun makan juga.

Budak2 kalau tak manis memang tak syok kan. Tapi ibu dan ayah nak jaga kesihatan sekeluarga kan...  Boleh buat manis kena tambah lagi lebihkan sikit lakanto. Pemanis selamat untuk orang yang tak nak gula dalam diet. 


Resipi dia boleh tengok dlaam you tube bawah ni ha... SELAMAT MENCUBA!!!



Chocolate blender muffin. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...