Pages

Jumaat, 27 Disember 2019

Jalan-jalan Kuala Lumpur 2019 Vol 2

Lepas ke tugu Negara, kami pergi pulak ke Taman Rama-Rama dekat je kat situ. Ada sebab nak datang sini sebab Ilhan suka sangat dengan kumbang, rama2 dan serangga. Huhuhu kalau kita dah rasa geli dah tapi Ilhan ni lain macam sikit. Dia lagi excited bila tengok serangga. Sampai kat pesta buku pun dia nak buku pasal bugs...!!??

Bayaran masuk ke dalam ni aku amik satu pakej, RM38 untuk dua dewasa dan tiga kanak2. Beli makanan ikam dalam RM5. Saja nak bagi seronok kat budak2 ni.

Ada jaring kat atas taman ni sebab tak kan nak bagi rama2 ni terbang keluar bebas pulak kan. 


Bagi ikan2 koi makan dalam kolam...

Ikan ni nampak orang lalu kat bridge terus dia datang banyak2... Mcm tau2 jer ada orang nak bagi makan kat dia..

Kenyang ler banyak orang datang bagi makan. 


Bukan senang nak tangkap gambar rama2 ni eiii, asyik nak terbang sajer. Susah nak capture gambar.. Tak sempat nak zooom dia terbang daaaaa...

Antara rama2 yang dapat ditangkap gambar sebab duk diam lama sikit kan ahahaha!!

Ada warna biru... 

Ada saiz besar giler!!

Ada juga ulat beluncas kat dalam taman ni. 

Ada buah nenas dan madu diletakkan dalam taman ni bagi nak support makanan rama2 dalam ni. 

Ada besar2 kepak rama2 tu, dah macam kelawar pulak aku tengok. 

Ada tuntung dalam aquarium ni. 


Dalam toilet ada juga beberapa ekor rama2 berterbangan dalam tu ahaha!!

Dalam bangunan pulak ada serangga banyak dalam tu, antaranya kumbang, labah2, ulat gonggok, stick insect. 

Tengok Ilhan teruja tengok serangga ni. Dah beberapa kali dia pusing tengok banyak kali. 

Aku tengok pun geli weii.. hehehe

Banyaknyer kumbang2 dalam ni. Dulu masa aku kecik banyak juga jumpa kumbang kat kampung. Rasa dah bertahun2 aku tak jumpa dah kumbang2 ni lagi. 

Budak ni lagi suka tengok, yela sekarang ni kan susah nak tengok kumbang2 ni berterbangan lagi dah. 

Besar giler stick insect, Ilhan pun seriau nak tengok dekat2. 


Ok dah abis pusing, rehat sekejap. Nak makan aiskrim pulak sebab panas betul jalan2 dalam taman tadi. Aa kedai cenderamata dalam taman Rama2 tu. 

Ok makan dan minum puas2 lepas ni kita nak ke tempat lain pulak. 




Tiada ulasan:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...