Pages

Rabu, 4 Disember 2019

Makan CrumSo Cik B

Setelah empat hari bercuti di kampung kat Perak, hari ahad kami bertolak balik ke Seremban. On da way balik ke Seremban husband ajak singgah di Ipoh. "Hari tu cakap nak belanja Crumbso cik B kan??"... aik boleh pulak husband cakap macam tu. Haha oklah kita belanja ...

Pakai waze tersalah pulak dia bawa ke mana2. Tak susah sebenarnya nak datang ke Empayar Beauty DSV ni. Google je Petronas Jelapang 2, Ipoh. Sebab gudang dia depan petronas itu je. 


Kat depan gudang tu ada gerai BobaLova Cik B. Actually baru je bukak pagi tu jam 11.00 masa kami sampai. Aku dapat turn no 3. Pergh pakai nomboh sey ahahaha. 

Yang ni sebenarnya aku teringin makan. Yang balang kecik ni harga RM35. Sebelum tu aku pegang balang besar, sekali org tu cakap harga RM55, aku terus letak!! Bukan terus bayar ye ahahaha!!! Sebab teringin sangat aku amik lah balang yang kecik jer!!!

Hah tu dia, kaching2.. Terus tak makan tengahari dah. Kenyang makan benda alah ni je kan huhuhu....


Qaireen sibuk "tanya ni apa bu??" Tu kerepek mahal pakai kulit ikan... :)))


Ada budak tak sabar nak makan dah.. 

Actually anak2 tak pernah makan dan tak tau pun pasal corndog ni. Jadi diorang tertanya2 juga apa benda yang ibu kami belikan ni??? kecuali Ilhan aku pernah tunjuk video makan CrumbSo kat dia. Ilhan pun request nak makan. So hari ni jadi kenyataan ye.Hahhahaha


Haha  sekali makan tu diaaaa. terkejut pebenda panjang nak kena tarik ni??!! Kui Kui kui!!
Ilhan pun excited bila tengok kakak dan abang dia makan. Terus dia teringat yang aku pernah tunjuk makanan ni kat dia. 


Tarik dari Ipoh sampai ke Seremban... 






Ilhan pun nak jugak!! Memang aku beli untuk anak2 dan husband. Aku dapat kerepek pun cukup lah, kenyang kik kik kik...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...