Pages

Selasa, 3 Disember 2019

Umar Selamat Berkhatan

Hari Sabtu, 23 November 2019 ialah hari bersejarah untuk Umar Shafiy. Hari tersebut dah jadi anak bujang dah sebab dah berkhatan. Kami buat di Klinik Zaaba, Seremban 2. Charge dia RM150.00. Kira sart je cuti sekolah terus bersunat hehehe. Aku dah siap2 amik seminggu cuti.

Ayah dia dah booking masa bulan September. Amik turn yang paling last sekali hari tu. Sebab tak nak ramai2 nanti ada budak tu start kalut tengok suasana orang ramai. 

Muka dok menung toleh kiri toleh kanan. Takde sesiapa pun dah dalam klinik. Dah pukul 6 petang masa tu. 

Sebab dah petang mandi ler siap2. Senang, balik rumah tak payah nak pikir nak mandi ke apa. 


Ayah dia teman dia masuk. Aku malas nak ikut. Nanti kang ada budak tu segan ke, malu ke. Ada ayah dia senang sikit nak tengok2 anak lelaki yang sulung ni. 

 
Ok dalam 20 minit selesai dah. Pakai laser je sekarang, memang cepat. 

Hari kedua, Umar dah sibuk nak mintak pakai seluar. Dia rimas pakai kain sebab kain kan besar. Jadi asyik terlondeh jer. Dia tak nak dah duduk baring dalam bilik. Pagi2 dah turun bawah nak tengok tv. 

Malam siap tolong ayah dia kira collection duit syiling. 

Dah cukup diikat dan boleh tukar di kedai. Banyak kedai nak syiling, jadi kumpul senang nak tukar nanti. Dah tak sakit ye nak... 


Lepas tu boleh pulak main lompat terjun dengan adik dia. Adoiii... 



Kena tegur keras ler dari aku. Bentan nanti kang!!! 

Dah seminggu bawa balik anak2 ke kampung kat Taiping. Kat sana sempat tengok movie Ejen Ali kat Aoen Taiping. Dah elok pakai seluar jejalan sana sini. Tak terkangkang2 bila nak jalan ahahaha!!

Mmm sedapnyer makan donut ye Ilhan. 


Dalam seminggu shaja tempoh untuk nak baik dalam proses berkhatan. Itu ikut pengalaman aku jaga anak yang ni lah. Orang lain tak tau, kena tengok keadaan budak tu macamana. Macam Umar dia tak takut nak mandi atau makan ubat. Jadi senang sikit nak jaga, dan dia jenis tak reti duduk diam. Aktif je ke sana sini. Alhamdulilah semua berjalan baik dan dipermudahkanNYA. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...